Lava Grill Burger


Assalamualaikum .

Perghhh , ni la pertama kali aku tgk beger setinggi ni :p Tower Grill Burger :p 

Semalam aku antara yang bertuah sebab dapat join geng WA/blogger Putrajaya menjamu selera di Lava Grill Burger , Sri Kembangan . Kami dihidangkan dengan Super Tower Burger Bakar Banjir yang ada 10 tingkat , macam dalam gambar tu . haa gempak tak!

Masa mula-mula burger ni terhidang depan mata , kompius jap , besarnyaa , camna nak makan .erkk ! tapi haha ! tengok kat bawah , tergolek jatuh tower tu . Letak daging dalam setiap roti burger yang dilimpahi dengan sos cili , sos black pepper dan macam2 lagi lah :)

 
Tengok ! kalau bab makan , haa xtgk kiri kanan . Ni geng The Laki Laki .Opsss Qhaliff pun ada hoke !

Haa , ni geng yang sopan lagi ayu . Tak sentuh pun lagi burger tu . sesi ambik gambar je dah setengah jam :p

Yang ni pulak chicken grill burger dia . rugi betul ! aku tak dapat nak rasa . Bukan sebab tak cukup hidangan tapi sebab perut aku dah penuh dengan yang beef punya .kenyang !

Semua bahagia , gembira menjamu selera malam tu .hikss , Kenyang tak yah cakap lah , rasa cam tak nak makan nasi seminggu ,hihi . 
Tapi kan , kesian tau , walaupun semua dapat merasa makan burger tu , ada sorang yang sangat cute ni , cuma dapat melihat dari jauh , nak capai pun tak dapat :p , teka sape!


HAHA , cute kan . super cute :) oh Qhaliff , maafkan auntie pija sebab tak dapat memenuhi keinginan Qhaliff :( Qhaliff mam susu je ek . hihihi

Meriah sungguh kami bersantap malam tu , bercakap dengan makan sama naik . nasib baik tak tersembur je :p Terima kasih sangat pada tauke kedai En.Razman a.k.a Mamu yang sudi belanja kami makan dan mekasih jugak pada Ben sebab sudi mengajak kami :p
Kalau korang nak try makan burger ni , lokasi dia di, 

RESTORAN BISMILLAH, JALAN 18/5, TAMAN SRI SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN .

jom cuba jom :)



6 comments

  1. Wow..tinggi tu..nampak mcm sedap...byk dgn sos bagai..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum fiza...kusemangat bila tengok burger2 tu beso nyer...;)

    ReplyDelete
  3. Sengal la akak ni , haha... bila pula la nak gather?

    ReplyDelete
  4. mai oiiiii....udah mcm gunung berapi dah ni...sib baik mkn ramai..kalau mkn berdua..tgok pun dah mengah kan..

    ReplyDelete
  5. perghh..mmg terliurlah Fiza..
    walaupun dah di rundtuhkan tapi tgk mcm susah je nak masuk mulut..hihih..

    sian si kecik tu..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤