Insan yang sangat aku hormati


Assalamualaikum .

Terlebih dahulu , sila jangan kaitkan entry aku kali ni dengan politik hoke! tak de kene mengena bila aku post gambar ni bermakna aku undi parti ni or parti apa pun . 'Undi adalah rahsia"  :) aku jumpa pic insan yang sangat aku hormati ni kat fb . Kami rakyat kelantan sayangkan Menteri Besar kami , Tuan Guru kami :)
Pernah aku jumpa Tuan Guru sekali dulu , beliau datang jemputan perkahwinan sepupu aku di Kota Bharu . Cara, sikap dan perwatakan beliau sangat sederhana . Buatkan rasa hormat aku pada beliau sangat tinggi . 
Suatu ketika dulu , ada kes dimana kawan satu batch aku meninggal , beliau yang mengimamkan solat jenazah arwah :)


Serba sedikit mengenai beliau ,
Beliau dilahirkan pada 10 januari 1931
Anak ke 2 dari 9 adik beradik
telah berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak
Mempunyai 10 orng anak,5 lelaki dan 5 perempuan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka.
" Usia ambo kini lebih 80 tahun doh, roh yang pergi pada malamnya jika tidak kembali...matilah ambo. Buatlah segala daya upaya untuk memenangkan Islam dimuka bumi sebelum pergi menghadap Ilahi " - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Semoga Tok Guru dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi dari segala macam fitnah . Sedih bila baca pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada beliau . tak kira dalam bentuk tulisan 
atau gambar :(  Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama Tuan Guru dan kita semua . 




5 comments

  1. Ameen..!
    moga tuan guru sihat sentiasa hendakNYA..!

    ReplyDelete
  2. semoga TGNA sihat hendaknya...doakan kesihatan beliau...Amin

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤