Isu Kenaikan Gaji Penjawat Awam


Assalamualaikum .


 Sehari dua ni kecoh dalam fb pasal isu kenaikan Gaji Penjawat Awam tahun depan atau lebih tepatnya , Kajian kenaikan . Bila dengar je pasal kenaikan gaji gomen , haa mestila yang keje gov suka kan , yang hentam pun ramai :p 

Bila dah tersebar cerita ni , aku pun of course la happy . tapi happy , happy pun , tahap kepercayaan dengan berita ni aku cuma 10% je kot . Mana mungkin lah , Penjawat Awam kat Malaysia ni bukan sikit , 1.4 juta tu .  Tak sampai setahun gaji naik , ni nak naik lagi .Jumlah yang perlu dibayar bukan sikit .Tu yang aku pikir mustahil tu . 

Dan hari ni , KSN (Ketua Setiausaha Negara)Datuk Seri Dr Ali Hamsa dah bagi kenyataan dalam akhbar yang Kajian kenaikan daripada 2% hingga 5% tu memang ada , tapi hanya untuk Penjawat Awam yang dah mencapai had GAJI MAKSIMUM atau kalau guna ayat orang gomen , gaji dah langgar dinding :p dan mempunyai markah prestasi LNPT lebih 80% . 

"Katanya, ia juga bagi memberikan keadilan kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan. Mengenai tangga gaji maksimum, beliau berpendapat ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan.

Ali berkata, antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian berkenaan ialah golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa" - KSN (petikan Metro)
haaa ada paham ! hihi . Bukan semua la . Mungkin berita ni disalah tafsir , bila dah disampaikan dari mulut ke mulut . yer la pasal gaji gaji ni sensitif sikit :p 
So , kawan-kawan gomen semua , lupakan kejap pasal kenaikan gaji ni , jom kita tunggu bonus hujung tahun ni :) Sejak 6 tahun join gov , ni la bonus paling banyak yang penah bacth aku terima kot . Alhamdullilah :)




9 comments

  1. gaji tak naik lagi barang dah naik mencanak-canak..

    ReplyDelete
  2. .nak dkt undi ni..macam2lah dpt....

    ReplyDelete
  3. bila dah di salah tafsirkan, dan di hebahkan, cepatlah merebakkan..

    ReplyDelete
  4. yuppp akak pun tertipu,.. ari ni br tau...

    yer le, terima le hakikat yg gaji x naik yg akan dapat cuma bonus horee...

    ReplyDelete
  5. ooo....
    ada 'TAPI' nya kan....
    maka utk mendapat kenaikan gaji, kena keja dgn cemerlang la..
    hehehehe...
    TQVM Malaysiaku yang tercinta!!^__^

    ReplyDelete
  6. bonosssssssss! suka lettewww. hehee :P

    ReplyDelete
  7. haha dah agak..xkan la senang2 nak naik gaji lagi kan..kira ok la xde la sape yg dah langgar dinding makan hati..

    ReplyDelete
  8. betul tu tahun ni mmg best bonus byk, gai naik..hehehee.... sukaaaaa sgt!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤