Konvesyen di PICC


Assalamualaikum .


Semalam berlangsungnya Program Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil di PICC dengan lancar . eh , agak lancar . erm . maksudnya , ada jugak la sikit-sikit kekurangan , tapi biasala dalam acara besar macam ni , mesti ada punyalah siskit-sikit ketidaksempurnaannya   . Acara apa pun , memang takkan ada yang 100% perfect nya . kekurangnya yang ada pun mungkin dalam 5%
je kot :)



Dalam program tu aku ditugaskan sebagai .. haa biasalah kalau dah muka aku memang tak de keje lain selain jadi urusetia yang agak tak setia sebagai penyambut tetamu :p 
Tetamu yang hadir hari tu , dah tentu tentu la golongan penjaja dan peniaga kecil jemputan , dan dirasmikan oleh Menteri sendiri . Datang dari pelbagai daerah dengan pelbagai harapan :) Bila tangok wajah-wajah makcik-makcik yang datang , teringat pulak nenek aku kat kampung :'( Nenek aku pun peniaga kecil jugak kat kg :) bosan katanya duduk je tak buat apa , dia bukak kedai meniaga depan rumah :) Bila balik kg , aku suka lepak kedai nenek tu .best!

Kehadiran tetamu sangaaattt ramai membanjiri PICC , tak percaya cer tengok ni



Dah macam kat SOGO time raya je penuhnye kan .hihi .Ini hanya sebahagian tahu ! ramai lagi . dalam dewan yang aku ditugaskan dan penuh , pastu campur dalam dua ke tiga lagi dewan yang diadakan bengkel . Memang sangat positif penerimaan dan maklumbalas mereka terhadap program ni :) bagus bagus :p

oke next pic plsss

ni la dia urus kurang setia tu .ngeee ! bff aku datang gak , dia bawak rombongan cik kiah naik bas dari N9 :)

Program ni habis petang , tapi aku terpaksa balik awal sebab ada hal sikit . Dalam kul 2 lebih kot aku sampai rumah . Sampai-sapai rumah je , perghh satu pakej aku dapat . Jari kaki melecet , kaki lenguh , pinggang sakit , kepala pening.waaa ! ngegade sangat nak pakai heel kan . haa rasa la sakit dia . Settle prograam hari tu , tunggu next program pulak di Kajang :)


psst ~ Jom kawan-kawan , kita ambil masa 1 minit, berdoa untuk kesejahteraan saudara
kita di Gaza .
" Ya Allah , selamatkanlah saudara islam ku di Gaza daripada israel laknatullah , kuatkan iman dan semangat mereka dalam kekejaman ini , lindungi mereka Ya Allah ."




2 comments

  1. ramainye org! :)

    ~~berdoa untuk Gaza jugak..

    ReplyDelete
  2. Amin..! jgn putus doa untuk saudara kita di sana..:)

    cantik fiza bertudung mrah, ramai ye yg datang...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤