Insaf dah !


Assalamualaikum .

Tadi , aku duk kemas-kemas kereta aku kat parking umah ni, pastu dalam kereta jumpa la plastik roti , aku ambik, tak pikir panjang, aku buang je kat dalam pasu lama yang disusun dekat dengan kete aku ni. Kira bukan buang dalam tong sampah la .Dalam kepala aku pikir , alah, plastik kecik je kot. Tak pe lah buang kat sini je *_* . #Aku duk kat Appartment.

Lepas je buang , aku nak kemas kat bonet pulak, tapi tiba-tiba aku terpandang sepasang warga emas, tua.  Terlalu tua . Mungkin dalam umur 70-an. Dua dua dah bongkok, aku rasa suami isteri , duk melilau , sambil di tangan pegang satu beg dan beg tu dia isi sampah yang dia kutip !
Aku
Terkedu kejap . Rasa macam keji nya tindakan aku buang sampah tadi , sedangkan yang akan mengutipnya nanti ialah dua orang tua yang usia dia sama dengan nenek aku dah :'(
Ya Allah Menyesalnyaaaaa.

Terus aku ambik balik sampah yang aku buang tadi , letak balik dalam kereta, jumpa tong sampah nanti aku buang.

Aku tak gerak dari situ , duk memerhatikan mereka , sampai la mereka lalu depan
kereta aku,
Aku senyum , mereka senyum . Aku pandang ke mata pakcik dengan makcik tu , dan macam biasa dalam kepala aku terfikir , Mana anak-anak mereka? kenapa biarkan mereka bekerja dalam usia macam ni :'( sungguh aku rasa nak nangis masa tu , rasa simpati melimpah ruah.
Aku tahan rasa tu.

Tetiba pakcik tu tegur aku , Makcik tu pun . ermm Mereka peramah :) Dalam 10 minit jugak aku duk berborak dengan mereka :) Mereka ada anak , cucu , cicit pun ada . tinggal di Banting dan berulang alik hari-hari ke Putrajaya utk kerja , tumpang Van cleaner yang keje kat sini jugak . Aku tanya dorang,

Aku : Pakcik Makcik larat lagi ke keje dalam usia ni?
Makcik : Pakcik tu kalau tak keje duk rumah pun duk menyapu sampah jugak..
Aku : Rehat je la Cik..
Pakcik : Pakcik tak ada pencen nak rehat je kat rumah nak .

Terdiam aku.

Lumrah hidup kan . Tetiba aku terfikir, aku tua nanti macam mana la :'( Tapi aku bangga dan respek dengan semangat Pakcik dan Makcik tu , dalam usia mereka tu, mereka tak henti berusaha , cari duit untuk tampung hidup tanpa mengharapkan belas orang . Ada manusia yang cukup sifatnya, sihat tubuh badannya , duk tepi jalan tadah bekas je . erm .

Apa yang jadi hari ni , betul-betul insafkan aku , lepas ni tak nak dah buang sampah merata-rata .TAK NAK! Korang pun klau nak buang sampah, cari tong sampah oke :)
Biasa selalu dengar kawan-kawan duk gurau , cakap. Alah..tak pe buang pun , kalau kita tak buang nanti orang kutip sampah tak ada keje .ermm. Tapi kalau yang mengutipnya nanti macam Pakcik dgn Makcik tu , kesian kan :'(

psst - Aku jadi sangat emotional kalau tengok orang tua kerja . Kadang-kadang tanpa sedar, airmata ni boleh menitis :'(


posted from Bloggeroid




12 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤