Orang yang BANKRAP disisi Allah


Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua :)
 Hari ni , 21.12.12 , ialah tarikh yang menyimpan pelbagai cerita, sebelum kedatangannya lagi . Cerita-cerita mengarut yang disebarkan oleh orang barat untuk pesongkan akidah kita . Siap keluar filem lagi . ermm . Memang tidak dinafikan, tanda-tanda kecil kiamat sudah ada pada zaman ni , tapi Hari Jadinya Kiamat , pengakhiran dunia untuk ke akhirat , hanya ALLAH SWT yang tahu. Percaya dan pegang janji Allah tu sudah .

Sedikit perkongsian di hari jumaat untuk pembaca comel yang membaca 
blog comel fiza ni :p

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, 

"Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".

Ringkasannya 

Menzalimi dan menyakiti manusia (seagama) akan menghapuskan pahala dan manfaat amalan yang soleh pada hari kiamat, orang yang melakukannya adalah muflis yang sebenar.


psst ~ Jangan jadi manusia yang Muflis di Dunia, Bankrap di Akhirat nanti . Semoga dijauhkan dari kita .
Nauzu billahi min zalik (Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)




3 comments

  1. assalamualaikum fiza...menarik n3 ni...;)

    ReplyDelete
  2. Ada org smpai tkut nk dtg keje. Adehh.. Yg pling tkejut bile melayu islam pun percaya benda2 mcm ni.. Sigh**

    ReplyDelete
  3. mmg elak la jadi muflis di sisi DIA...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤