Seminggu di Tanah Tinggi


Assalamualaikum .


Dah 2 minggu aku balik ke Malaysia *eceh ceh ceh , dari Cameron dan hari ni baru berkesempatan nak post kat sini :) Seminggu di sana atas urusan keje betul-betul menguji ketahanan badan aku . Penat giler! Dari pagi sampai ke Petang g meredah kebun-kebun dan ladang sayur uncle -uncle dan auntie-auntie sayur kat sana . Naik bukit turun bukit , perghh pengalaman yang best dan buat aku teruja walaupun takut masa nak mendaki bukit naik land rover tu . terhenjut-henjut tahu! sakit habis badan .
Mesti pelik kan,aku g buat keje apa kt ladang/kebun tu sumer , haaa aku duk berkursus nak bukak ladang kt puncak bukit kat sana .HAHA! ok tipu :p

Tempat paling best aku masuk masa kat Cameron tu ialah tu ha, kat Ladang Anggur tu , segar bugar sungguh anggur dia. Sumpah aku tak tahu pun kat Cameron ada tanam Anggur sebelum ni . Masa duk Ipoh dulu , seminggu sekali aku naik Cameron tapi masa tu tak penah jumpa ladang anggur . Dan tapak ladang anggur ni dulunya kebun bunga , terletak di Blue Valley , nama je masih kekal tp pemilik dah tukar orang lain dah . memang besar sangat ladang Anggur ni , dan dibuka untuk lawatan pengunjung atau nak petik dan beli terus kat situ . Tapi kene tunggu dia betul-betul dah masak baru boleh petik . Yang dalam gambar aku tu , masih tak boleh petik lagi , huhh frust kot , Pekerja kat situ kata masih belum cukup masak lagi .


Bunga ni aku tak tahu nama apa, tapi cantik :)
Oh cactus! love it :)
Teruja teruja! geram je nak tapppp , petik dia. tapi apakan daya , waktu akil baligh anggur ni masih belum sampai :p segar kan , terbaek dr ladang :p
@ladang jagung , penat sangat waktu ni @_@
Sayur-sayur yang masih tak dipetik ni memang geram je aku tengok , segar sungguh .

Walaupun penat , tapi seronok sebab boleh xplore tempat-tempat macam ni . Kalau pegi berholiday , jangan harap la nak aku nak gagah drive kete pegi naik turun bukit camni .hihi :p
Team yang pegi skali pun memang best ,happening sgt, so keje berjalan dan selesai dengan jayanya , tanpa sebarang tekanan :)




9 comments

  1. baru tau jugak ade ladang anggur kat CH..

    ahhh rindu CH!

    ReplyDelete
  2. akak tgok anggur tu pun geram jer fiza...cactus tu sgt cantik..

    ReplyDelete
  3. pehh. sodap tu buah anggur tuuu :o

    ReplyDelete
  4. fuiyooo..! gumuk2nya anggur,..!
    xboleh petik ke fiza..?

    ReplyDelete
  5. Bestnya... lebih2 lg anggur tu.. kalau dah masak mesti best.. =)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum fiza....wow bestnya ...beso nyer anggur2 tu...:)

    ReplyDelete
  7. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Memaafkan adalah cara balas dendam yang paling mulia.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤