Tomato I Buah atau Sayur & Khasiatnya


Assalamualaikum .

Pagi tadi masa OTW nak datang keje , macam biasa aku suka dengar hot.fm , tergelak sorang-sorang dalam kete dengar Fara ngan Faizal duk merapu . Dan pagi tadi dorang duk merapu pasal sayur-sayuran , main teka-teki gitu , pastu ada la sorang pemanggil call bertanya pasal TOMATO , samada sayur atau buah :)

Daripada apa yang aku tahu , baca dan tanya , 

TOMATO adalah tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur . (rujuk) 
Kalau aku silap tolong betulkan ye . 
Kalau tengok website e-peladang , tomato ni mereka panggil sayuran tomato :)
kategori tomato ni sama je dengan timun batang dan kacang hijau . 


haa bila cakap tomato ni sayur , ada pulak yang bertanya , kalau sayur , kenapa orang panggil dia buah tomato . nape tak panggil sayur tomato ?
Dan kalau ianya sejenis buah , kenapa kat pasar-pasar tomato ni tak dijual sekali dengan buah-buahan? tapi diletakkan skali dengan sayur? hihi 
susah nak jawab soalan tu kan :p 
lgpun tak 'sains' langsung soalan-soalan tu .hihi :p

Oke , kita berbalik pulak kepada khasiat tomato ni , ini sebenarnya yang aku nak entrykan , tp jadi panjang cerita dengan kekeliruan kategori pulak :p

  • Tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. 
  • Mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.kulit tomato 
  • mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. 
  • Tomato juga berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Banyak kan khasiat sayuran tomato ni :) sangat baik kalau kita selalu amalkan letak dalam masakan ataupun 'ngappp' makan macam tu je . Dengan masam-masam dia .nyum nyum :-) 
erkk tapi kalau buat jus , memang aku tak boleh telan :p



9 comments

  1. Saya kalau nak makan tomato, boleh makan dengan nasi ayam jer. Selain tu, memang tak lalu.

    ReplyDelete
  2. suka makan tomato buat mcm apple...sedapppp

    ReplyDelete
  3. betul juga tu..
    tapi xkisah lah apapun..
    janji khasiatnya banyakkkk.. :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum fiza...mmg best kalau dibuat ulam sedap jer...:)

    ReplyDelete
  5. berkesan nak haluskan kulit juga :)

    ReplyDelete
  6. itu la pasal..khasiat dia kemaen lg byk tp sy pon xtau nape sy xsuka c tomato nih..hehe

    ReplyDelete
  7. hi syg :)
    nak bagi charcoal mask daiso for free,
    free, visiting PG ya :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤