Hoi! Mintak maaf la wei


Assalamualaikum .

uhhh pagi aku yang aman, nyaman, damai , mamai dan tengah best tido kejutkan dengan nyanyian hon yang tak henti-henti hampir setengah jam . ermm. Tapi tak pe , sejak duk sini seminggu yang lepas, telinga aku ni dah biasa dengan bunyi hon bertalu-talu macam tu .  Biasa la bilik sebelah parking kan T_T

Hon yang bertalu-talu tu dibunyikan oleh sorang kakak ni , tak payah nak jengah keluar tengok pun aku dah tahu sebab dia . Mesti kereta dia kena block nih . Tapi alang-alang dah sedar tu , aku intai la jugak , kereta apa lawan kereta apa kan . Oh , Myvi block kereta honda kakak tu . Tapi kan , lama tahu kakak tu bunyikan hon dia , ishh sampai budak lelaki yang duk kat blok sebelah pun duk melalak-lalak sekali, tolong panggilkan tuan punya Myvi tu skali kot . Hon punya hon , tak ada jugak yang keluar datang alihkan . ishh ni dah lebih dah ni , kalau la Myvi ni buat keje macam ni kat parking Mall, mahu pecah kereta nih . ishh . Kesian tau kat kakak tu , dia dah la nak pegi keje .

Lepas setengah jam berlalu ,  datang sorang lelaki nak bagi bantuan ,dia call Jabatan Keselamatan USM aku rasa . Dah kecoh dah kat tempat parking nih. , tetiba , datang sorang pompuan , India . Dia masuk kereta Myvi tu, start enjin nak alihkan kereta dia . Aku yang tengok ni terkejut jugak dengan sikap dia .
eh?
Takkan takde Maaf kot? huhh memang tak say sori langsung weh!
keji, keji!
Aku rasa nak je jerit kat perempuan tu , HOI MINTAK MAAF LA WEI!
tapi tak guna jugak , sebab dia bukan dengar pun kalau aku jerit =.=

Semua kat situ angin dengan perempuan Myvi tu . Budak-budak lelaki dari blok sebelah yang dari tadi jadi penonton macam aku ni dah duk menjerit-jerit. hoi hoi hoi kat Perempuan Myvi tu . Ye la, mahunya semua tak marah .

Kakak tu duk honkan kereta pepagi buta , ganggu orang tido . Nak salahkan kakak tu tak boleh sebab dia pun nak pegi keja tak boleh sebab Myvi dah block dia. So kat sini memang kesalahan tu datang dari tuan punya Myvi tu la . 

Nasihat aku la kan , Kalau kau nak parking jugak kat tempat yang memang dah full parking macam kat sini nih


dan terpaksa block kereta orang lain . Tinggalkan la NO TELEFON kat dashbord kereta tu . kan senang orang nak call ke apa . Tak tarik hand break tak boleh kawasan berbukit macam ni , kang tak pasal-pasal turun sendiri kereta tu . Sikap tanggungjawab tu kena ada .

Aku kalau teringatkan balik sikap Perempuan Myvi tu tadi , huhh sakit hati . Sakit hati sebab dia langsung tak mintak maaf . Tapi kan , masa duk kecoh-kecoh tadi , aku dengar la kakak tu duk bercakap dengan lelaki tu 
"huhh kalau budak-budak PJJ datang selalu jadi macam ni"

erkkkk ..



9 comments

  1. wah...siot aje owner myvi tue...tak ada common sense lgsg.....tak suka org pentingkan diri mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Pergi mana2 pun rupanya ada org gini erk ingat kt opis JPA ni je.

    ReplyDelete
  3. situasi sebijik macam kat rumah wina..almost tiap² pagi ade adegan membunyikan hon keta macam nie

    betul..xleh nak salahkan orang yg bunyikan hon tu sebab kacau ketenteraman orang lain ehehehee

    isk iskkkk paling pantang kalau org xde adab nie..susah sgt ke nak mintak maaf? kalau kite, pun gerammm!

    tapi sib baik so far diri sendiri tak pernah terpaksa bunyikan hon pagi² macam nie uhuhuhuu..

    ReplyDelete
  4. Sakit hati jer baca. Kurang ajar betul lah pompuan myvi tu.

    ReplyDelete
  5. BUDAK PJJ BUAT KACAU ERK.. :)

    3 ORANG DARI JABATAN SAYA PJJ DI USM TU.. TAKPE, NANTI SAYA KASI CUCI OTAK DIORANG.. :)

    ReplyDelete
  6. udah nak salahkan PJJ...
    tapi mmg kejilah perempuan tu...
    xde sivik langsung...!

    germa lak nur dgr....

    ReplyDelete
  7. bila kete kene block mmg rase nk maki

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤