Lafaz itu hanya kerana duit!


Assalamualaikum 

Cerita ni aku dapat melalui email pagi tadi , dalam email tu ada pesanan mintak disebarkan , jadi aku sebarkan disini . Semua dah tahu dah kan , dalam blog-blog lain pun banyak yang entrykan pasal ni , tapi aku nak letak jugak kat sini :) sakit hati dan geram dengan manusia keji yang berani nak main-mainkan Islam hanya kerana duit .

Email penuh ,

Tolong sebarkan  

kejadian di surau assobah ...

Selepas sembahyang isyak jummat lepas di surau assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa india (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk islam. Menurut mereka, abang mereka telah islam dan sedang menuntut di pondok pasir tumbuh KB dan mereka bercadang nak ke KB selepas majlis pengislaman mereka. Kami diberitahu yg bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk islam.
Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh ust Dr Zulkifli dan pehak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada meraka.
Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan2 mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yg berlaku di surau di salak tinggi.... satelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan besar mereka adalah orang yang sama ..... meraka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang2 melayu/islam .. 
Diharap kejadian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati2 dimasa hadapan. Mungkin kalau ia nya terjadi dikawasan kawan2, dicadangkan supaya butir2 peribadi mereka (IC no, alamat, gambar, phone numbers dsbnya) dapat dicatitkan. Pemberian wang harus dibuat berhati2 .. mungkin tak diberi terus, tetapi hanya diberi setelah urusan pengislaman mereka telah direkodkan oleh pehak berkuasa atau sebagainya ... 

Tolong sebarkan penipuan keluarga india ini 


Tahu, awak susah , tapi bukan ni cara nak hidup senang . Semua aku tengok sihat-sihat lagi , kerja la wei! Pakcik Umo 60 tahun pun boleh je kerja sampai keluar peluh , takkan manusia yang badan kemain sihat macam ni tak mampu kan . Kalau nak bagi alasan belajar tak habis , susah nak dapat kerja , urm itu memang alasan semata-mata la , zaman sekarang macam-macam kerja ada untuk pelbagai lapisan masyarakat . Usaha je penting .

bak kata Amir Khan dalam 3 idiot (3 idiot- citer hindustan sabtu lepas :p) ,

Pendidikan itu penting , tapi kebolehan pun sangat penting ,
kalau kau berjaya dalam pelajaran , belajar sampai master pun kalau tak gunakan kebolehan yang ada sebaik mungkin, disia-siakan tak guna jugak kan , tapi kalau kau kurang dalam pelajaran tapi kebolehan yang kau ada , kau gunakan semaksimum mungkin, tak mustahil kau boleh berjaya lebih dari orang yang berpendidikan . Pilihan ditangan kita  . Pilih yang terbaik .



20 comments

  1. ada masuk berita kan haritu. Memang kena hati-hati dengan semua orang. muka mungkin nampak baik, tapi dalam hati kita tak tau niat sebenar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah , itu la, disebabkan segelintir yng keji mcm ni la, orang susah yg betul2 susah pun kita jadi berhati2 nak tolong kan..

      Delete
  2. I read this, saiko2. tergamak mempersendakan agama kan.

    ReplyDelete
  3. Heyhh..macam-ii kan nak dapatkan duit.. melampau nih..mempersendakan agama kita.. Dunia dah akhir zaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang ambik kesempatan dgn kemuliaan agama kita

      Delete
  4. ya tuhann
    macam nie pun ada ..
    subhanallahh kalau dtg tmpt akak .. mauuu kena kejar org2 nie huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kejar je kak , biar kene pukul .grrrr *geram sgt

      Delete
  5. Replies
    1. kalau guna cara betul xpe kan . ni, keji!

      Delete
  6. mcm2kan cara org menipu sekarang ni..baru2 ni opis nur didatangi seroang lelaki yg lengannya penuh tatoo..sambil membawa file2 buruk amat..katanya doktor dari hospital sulatah aminah..datang minta sumbangan untuk pesakit2 sakit jiwa...

    serius nur takut nak layan..! mmg terang nampak tipuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sgt menipu , tgn penuh tatoo , eee..

      Delete
  7. nak peluk islam pun boleh main2 macam ni, ape la nak jadi

    ReplyDelete
  8. adehhh...org mcm ni pun ada ke...huhu~

    ReplyDelete
  9. pehh,femes surau taman umah kte (taman seroja,bndr baru salak tinggi)..ntah macamana lah diaorg ni blh tergamak memainkn agama,lempang laju2 kat diaorg ni blh x?..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh dekat rumah eh surau tu . erm manusia kan

      Delete
  10. nak hidup senang, macam ni la gayanya...huhu

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤