Saluran Perdana, Saluran Alternatif dan PPJJ di USM

8:59 AM


Assalamualaikum .


Sebelum ni, dalam entry ni aku ada kongsikan mengenai iklan permohonan PPJJ di USM untuk sesiapa yang berminat nak menyambung pelajaran , dan ramai jugak yang bertanya mengenai syarat dan cara permohonan dia . Dan , semalam aku dapat satu komen yang bertanyakan pasal ni


Thanks ye Puan Liza , sudi singgah dan komen disini :)

Untuk makluman , di USM memang ada kedua-dua saluran tu iaitu SALURAN PERDANA (Rujuk) dan SALURAN ALTERNATIF (Rujuk)

Saluran Perdana terbuka kepada pemohon yang : 
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2012.
2. Lepasan STPM 2012.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.
Untuk melihat dan memilih program yang ditawarkan , klik sini 

dan 

Saluran Alternatif terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang sudah mempunyai pekerjaan untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di peringkat tertinggi.Pemohon yang mempunyai kelulusan SPM/SPMV dan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 hingga 10 tahun . Aku highlightkan disitu , secara sepenuh masa , BUKAN secara jarak jauh.

Untuk melihat dan memilih program yang ditawarkan melalui Saluran Alternatif, klik sini

Manakala untuk permohonan Program Pengajian Jarak Jauh , permohonan adalah seperti 
biasa . Dapatkan no.pin berharga RM60 di mana-mana cawangan BSN dan teruskan mengisi borang secara online . Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai PPJJ , klik link dibawah :





Untuk makluman jugak , waktu nak beli no pin tu , SILA PASTIKAN APA KELAYAKAN DAN JENIS PERMOHONAN KAMU . MAKLUMKAN kepada pegawai BSN tu . kalau nak beli no.pin untuk PPJJ, bagitahu untuk PPJJ dan seterusnya kalau untuk dua saluran di atas .

Oke? Jelas tak? :-)

Kalau nak maklumat yang lebih lanjut atau kurang jelas dengan apa yang aku sampaikan disini , terus je call nombor-nombor ni, tanya pegawai di USM terus ek :)






You Might Also Like

10 Adam Hawa Comel

  1. rmi jugak mmber sy yg wt pjj kt usm ni.sy ni je xsmbg mne2 lg..huhu

    ReplyDelete
  2. harap infi ni dapat membantu puan liza.. :)

    ReplyDelete
  3. tq ats info...but still knfius lg ni...lembab sgt nk fhm even da buka link2 tu..hehe..so,klu nk beli tu,mmg salurn alternatif laa kn...sbb klu kate nk beli tuk pjj mmg dorg kate xde..huhu

    ReplyDelete
  4. yep btol. org bsn tu kata ada dua je. alternatif ke perdana. mana ada untuk pjj ke apa. i ckp nk num pin yg RM60. so dia bg yg alternatif. hm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En/Cik,

      Maklumat yg sy dpt dt USM memang seperti yg sy terangkan di atas . Tapi sy rasa mungkin pihak BSN maksudkan Alternatif tu skali dengan yg PJJ punya . sebab yang altenatif tu kan untuk mereka yang sedang bekerja , cuma yg tu sepenuh masa .Kalau dah beli pin RM60 tu , masa nak isi borang online, try isi dekat yang permohonan PJJ ikut link sy bagi kat atas . jangan isi yang borang alternatif punya.

      Harap dapat membantu :)

      Untuk makluman puan liza juga :)

      Delete
    2. TQ atas info..mmg sgt membantu...sya da pn beli n sy trus je ckp kt bsn nak yg 60 tu..hehe..doakan sy berjaya ye kwn2...

      Delete
    3. sama-sama :) hope membantu dan sy doakan pn liza berjaya :)

      Delete
  5. hi salam. kebetulan saya sedang cari info pasal PJJ USM ni terjumpa blog ni.susah btui la nak deal ngn usm ni. no pin je dah problem, masa beli kat bsn diorang bagi saluran alternatif and bila nak daftar xboleh error no pin x tepat.bila call usm diorang kata no pin tu salah.sepatutnya untuk pjj no bermula dari 41**** bukan 42****.banyakk keje btui la.

    ReplyDelete
  6. usm ni mmg pelik..aritu sy g karnival jom masuk u..depa kata ada program asasi utk lepasan spm..dia suh bl no pin usm..sy g..tp no tu hanya utk lepasan asasi, stpm dll...betul ke ada program asasi ni..sy cari tak jumpa2..tkkan depa nk menipu kot,,,

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook