Pengotor punya manusia!


Assalamualaikum .

Pengotor! eee, sumpah memang pengotor sungguh . Dah lama dah sebenarnya aku terkene ngan bauan macam ni bila masuk lift kat Appartment nih . Dan setiap kali terbau je , memang makan maki la sape yang buat tu . 

Bau Hancing! Lift berair dengan air kencing ! 

Hoiii, ni Putrajaya , Yang duk kat Apparment ni sumer Penjawat Awam , takkan perangai macam ni pun ada . Agak-agak la kalau tak tahan sangat pun . Dalam kepala aku syak ni semua keje budak-budak . Tapi ishh bau dia ngalahkan baru lepas makan jering wei! 

Boleh bayangkan tak macam mana aku dan orang lain yang masuk lift ni kene tahan bau busuk tu? kalau tingkat 1 kira oke la , kalau sampai yang duk tingkat 14? apa kes? mahu pengsan keluar . Ni baru kes kencing dalam lift , yang bab bawak sampah , dengan meleleh-leleh air sampah menitik dalam lift tak kira lagi tu . Haa yang ni bab bawak dan tinggalkan air sampah dalam lift ni memang orang tua punya keje . Ya Ampunnnn! keje gomen tapi @#$%^& ! buat MALU je !

Last week , butang tempat tekan lift hilang satu . eee, tak tahu la . manusia jenis apa la yang nak hidup dalam komuniti berpendidikan , tapi perangai macam orang tak sempat masuk tadika .

Esok aku nak buat aduan !

tapi , tak tahu la dilayan ke tak . just wait and see .




14 comments

  1. ada gak yang pengotor macam tu...memang xtahan kencing ke ada maslah pundi kencing? haha...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..stress kn kalo dok appartment yg lift nya bau hancing bagai...kalo nk p keje mesti wat spoilt mood pepagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam , memang , nak termuntah baunya

      Delete
  3. Eiii tak sangka camtu. Biasanya bila dah hidup camtu.Org pentingkan diri sendiri kan.Bukannya nak hidup harmoni ,fikir pasal orang sekeliling bila buat sesuatu..Manusia zaman sekarang..Part yang bau hancing tu,eiii menggelikan -___-

    Report jangan tak report tau..

    ReplyDelete
  4. Buat kak!PA ni mostly kan typical malays! kalau budak2 buat, makbapak xlarang xajar lettew.

    ReplyDelete
  5. eeeee....sapelah yg xbertanggungjwab tuuu..!
    fiza.nanti beli stcker yg tulis "kawasan CCTV" tu...
    lekat dalam lif..pastu org tak berani buat dah..!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤