Alhamdullilah dah oke


Assalamualaikum .


Dalam entry bertitle 'risau' sebelum ni, aku ada ceritakan pasal adik-adik aku yang kena tahan wad sebab jangkitan kuman dalam darah dan tulang kan , Alhamdullilah . Semua dah baik-baik . Fiqa keluar wad Sabtu lepas dan Haikal , hari selasa ambulans hantar ke Hospital Temerloh untuk buat MRI kaki dia, tapi sayang, bila sampai sana, doc pakar cakap kena tunggu tarikh lain sebab hari tu temujanji penuh. erm . sabar je lah :'(
Tapi yang berita baiknya, doc keluarkan surat yang haikal tak perlu ditahan di wad sehingga tarikh baru dapat. Dia juga tak boleh aktif bersukan dan bila balik rumah , doc bekalkan berbotol2 antibiotik yang haikal perlu ambik mengikut waktu yang ditetapkan . kesian dia . tapi tak pe lah ,sekurang-kurangnya, dah boleh pegi sekolah . 
Haikal sebenarnya sihat je, tak sakit apa pun . cuma tu lah , kuman yang tak nampak dek mata kasar tu yang buat jadi complicated camni. Kuman yang tak boleh dilihat tu, walaupun tak sakit kalau dibiarkan boleh jadi parah.Nauzubillah . Mintak dijauhkan . Harap kuman-kuman tu cepat dapat dihapuskan .

Bila balik rumah, umi ada nak lumurkan daun yang boleh buat ubat kat kaki haikal, pastu ada la bagi minum air tawar (air bacaan al-quran) yang Ustaz bagi. Cuba usaha cara tradisional pulak.

Ada sape-sape tahu tak apa-apa petua tradisional yang boleh hilangkan kuman-kuman ni? Kadang-kadang tak boleh 100% bergantung dengan ubat hospital kan . kena usaha cara kampung jugak.

Kalau ada, petua metua segala tu, share eh . Mekasih :)




6 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤