Online Shopping I AIDIJUMA, Bawal plain simple, murah dan berkualiti :)


Assalamualaikum .

Pernah dengar atau mungkin pernah shopping tak di Online Store Datin Norjuma? Secara jujur, aku dah lama tahu tapi tak pernah sekali pun sebelum ni, terjah ke web tersebut sehinggalah hari Jumaat lepas . Seolah ada bisikan gitu suruh aku ' eh, try la bukak web Aidijuma tu, usha-usha tudung bawal kat situ , mana tahu ada yang berkenan' , maka aku pun terjahlah . Dan hasil terjahan kali pertama tu, terbang beberapa RM aku , bershopping disitu . 

Memang , sejak bertudung sarung nih , aku jarang sangat pandang bawal-bawal nih . Susah nak bentuk tang bahagian muka tu . senget benget .Tapi bila tengok kesimplelan dan kecantikkan tudung bawal di Aidijuma , hati aku tertarik . ehh cantik-cantik design dia . just nice! , tak caya cer tengok sendiri kat sini AIDIJUMA


Macam-macam corak ada .Walaupun banyak yang aku berkenan, tapi aku serik nak beli yang mahal tanpa tengok kualitinya, dah terkena kan sebelum ni dengan ZAL**A. Biasalah , dalam internet kebanyakkannya indah khabar dari rupa , jadi aku beli yang paling rendah harganya . Yang bawal plain RM7 je . murah kan :p Jumaat beli, esoknya Sabtu , sampai kat rumah .

Dengan terujanya aku bukak bungkusan ni


dan belek-belek isinya


pastu , aku pakai .



Bila dah pakai tu , memang aku puas hati dengan kualitinya . Lembut dan senang nak bentuk . Kira bila dah tahu kualiti dia gred A macam ni , baru la tak ragu-ragu nak beli yang lain pulak :) 
Harga yang dijual pun tak mahal, memang mampu milik lah! :)

posted from Bloggeroid

11 comments

  1. cantik awak pakai. kaler pun lawa :) murah pun murah, berbaloi habis kot..

    ReplyDelete
  2. cantik purple:)

    orgnya pun sgt manis

    ReplyDelete
  3. cantikk..yg plain mmg murah2..
    tapi yg lain2 tu mcm mahal sikit kan...

    ReplyDelete
  4. Cantik u pakai dear.
    Ini yang kita nak tau.. kan. review ikhlas. Boleh minta my sister usha2 nnt.

    ReplyDelete
  5. Hi dear,
    Feel free to visit our online blog store.
    Thanks. :)

    http://chocolatestrawberryhijabs.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum , haii bidang bape tuu?

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤