Bos..Bos

11:22 AM


Assalamualaikum .

Semalam aku ke Kuala Kubu Bharu atas urusan kerja , pergi dengan dua orang bos . Selesai tugas, masa otw nak balik tu, kami lalu jalan depan dengan Balai Polis KKB, masa tu aku terpandang sebuah bas yang memang ngeri remuk dia duk tepi jalan depan balai tu. Terkejut jugak, pastu aku tanya bos aku , lebih kurang macam ni ,

Aku : Eh, teruknya bas tu, eksiden bila nih
Bos : laaa eksiden yang hari tu la ni. *yakin kemain
Aku : oooo  *tapi dalam hati , ermm hari tu? .

Habis sampai situ je cerita pasal bas tu dengan bos .

Balik rumah, malam tu, aku tertengok berita , Sebuah bas ekpress kemalangan mengakibatkan 3 orang terbunuh di Hulu Selangor! . ehh, 
Laaa, kalau gitu bas yang aku nampak tu, memang bas ni la.sebijik. Baru semalam kemalangan ni . ishhh bos aku nih . Tak boleh jadi penyampai berita betul :p 

Petikan daripada Metro :
Hulu Selangor: “Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana terlalu takut,” kata seorang penumpang bas ekspres yang terselamat selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.2 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar, di sini. baca lagi

psst ~ Bas daripada Johor Bharu menuju ke P.Pinang tu kemalangan dan 3 orang terbunuh, salah seorangnya pelajar USM , pemandu cedera parah . Saksi kata bas dipandu laju oleh pemandu kedua bas. Ya allah, tempatkan mereka yang terkorban ditempat yang mulia disisiMu, dan harap sangat , kepada pemandu, Hargailah nyawa manusia lain yang anda bawa tu . Jadi pemandu yang berhemah . Bila jadi macam ni, nak menyesal pun tak guna dah .




You Might Also Like

23 Adam Hawa Comel

  1. assalamualaikum fiza...mmg ngeri bila dengar bab2 kemalangan ngeri mcm ni...:(

    ReplyDelete
  2. hehehehe...bos pun nak nampak gojes gak sbb tau mcm2 hal dunia

    ReplyDelete
  3. sampai bila la nak jadi kemalangan bas ni, dari dulu lagi kan. pemandu bas mmg kena ubah sikap la. nyawa tu nyawa...
    Ur boss mmg boss, hahhaa jawap sentiasa yakin walau tak tau apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanggungjawab pemandu tu berat, dia bawa banyak nyawa, sbb tu dia kene hati2 .
      hihihihi bos fiza mmg..yakin je

      Delete
  4. kemain jawapan bos eh..yakin..!
    hihihi

    ReplyDelete
  5. hmm... kadang2 sbb tu takut naik bas.. naik bus 2 tingkat pun dah kecut perut sbb bila laju, org duk kat tasa ni rasa .... ish tak boleh nak ckp la... gerun tau

    ReplyDelete
  6. Bas ekspress kak, tak pernah nak bawa slow.

    ReplyDelete
  7. LALU SEBELAH BAS PUN KAK SERAM..BELUM NAIK UTK PERJLNAN JAUH LAGI..AGAKNYA DOA TAK BERHENTILAH JWBNYA..

    AJAL MAUT TAK BOLEH NAK DI ELAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza selalu naik bas plusliner kt ipoh dulu.pemandu dia sangat bagus. berhati2 .siap berdoa ramai2 sebelum bertolak ..

      Delete
  8. ada jugak tengok dlm berita..kesian

    ReplyDelete
  9. mmg mengerikan bila ada berita pasal kemalangan yg meragut nyawa mcm ni...rasanya sape yg pernah naik bas je mcm mana lajunya bas bila kat highway....huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. kalau pemandu berhemah tak pe, kalau kene pemandu yang mengarut.berdebar je jantung..

      Delete
  10. assalamualaikum fiza...sedihkan bila baca keratan akhbar tu...:(

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook