Risau


Assalamualaikum .

Masuk hari ni, dah lebih kurang 2 minggu adik lelaki aku yang darjah 5, Haikal kena tahan di Wad :( lama kan . Memang lama , doc awal-awal dah maklumkan dekat umi yang Haikal akan ditahan selama 2 minggu dan selepas tu akan dirujuk ke Hospital Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan pakar selanjutnya .
Sebab musababnya kerana jangkitan kuman di tulang kaki haikal . kesian dia :'( 

Masa cuti sekolah bulan 11 tahun lepas, Haikal ada jatuh basikal . Lutut dan kaki dia cedera sikit , tak teruk pun . Pegi hospital Jerantut , doc cuci luka dan sapu ubat . Settle, balik rumah.
Luka dia kering dan memang tak teruk pun , tapi dalam bulan 1 masa awal nak mula sekolah , Haikal tak boleh berjalan . Kalau boleh pun , dia paksa jalan sambil terhenjut-henjut . Umi sampai nangis tengok cara dia jalan tu . Haikal budak yang aktif , bermain, bersukan . So bila dia susah nak jalan macam ni , sedih la kami tengok. lebih-lebih lagi umi .
Bila dah jadi macam tu , rujuk ke Hospital Jerantut balik . Kaki Haikal di X-tray dan hasilnya, doc kata ada kuman dalam kaki dia . Tapi masa tu tak ditahan di Wad lagi, doc cuma bagi ubat tahan sakit dengan antibiotik je . Balik rumah , makan ubat , tapi masih tak ada kesan apa-apa . Sampai la umi bawak ke Klinik Swasta untuk injection ubat tahan sakit .Lepas inject . Sakit kurang , dan hasil makan ubat tanpa henti . Haikal boleh berjalan dan sakit pun hilang .


Walaupun dah tak sakit , tapi rawatan susulan di Hospital Jerantut kena buat juga mengikut temujanji yang Doc dah buat . Dan, dalam temujanji 2 minggu lepas, Doc buat imbasan sekali lagi di kaki Haikal . Hasil imbasan tu la doc kata kuman dah merebak ke tulang kaki. Untuk elakkan jadi lebih teruk , Doc akan masukkan ubat antibiotik melalui urat sebanyak 4 kali sehari dalam masa 2 minggu! Ubat tu sakit tahu! Mula-mula masuk wad tu , Haikal bersungut jugak , cakap sakit . Tapi bila dah lama, dah biasa .Sakit ubat tu pun dia dah lali .
Semoga Haikal cepat sihat ..

Pagi tadi , Umi call, kata umi, adik bongsu aku, Fiqa pulak tak sihat . Dari semalam muntah tak berhenti sampai ke pagi . Sekarang dah ada kat Hospital Jerantut , sama dengan Haikal . Fiqa pun doc masukkan air sebab dia dah tak bermaya sangat , demam pulak dan sekarang tengah tunggu result darah . Harapnya tak ada apa yang serius :'(

Aku kat sini, serba salah . risau semua ada . Nak tunggu result doc, kalau doc kata Fiqa pun admitted , memang aku balik kampung balik lah . Sekarang ni , Abah duk jaga Haikal, Umi duk jaga Fiqa . erm . Ya Allah, semoga kesihatan adik-adik aku kembali sihat seperti biasa. Amin.




24 comments

  1. sabar banyak2 ye fiza...
    dugaan Allah ni...
    Nur doakan semuanya cepat sembuh....
    sedih nur baca....
    harap xde apa2 serius yg blaku....
    kita sama2 doa ye...

    ReplyDelete
  2. moga adik fiza cepat sembuh ye..insyallah xde pape

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..kak fahz doakan semoga adik Haikal cepat sembuh seperti biasa..

    ReplyDelete
  4. banyakkan bersabar okay dear.. mintak doa.. hope semua selamat..

    ReplyDelete
  5. nape eh boleh jadi jgkitan kuman? sbb dh pi cuci kan... huhuhu... semoga haikal dan fiqa cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin , tak tahu la . menyakit skrg ni macam2.

      Delete
  6. semoga semuanya dalam keadaan baik yer..=)

    ReplyDelete
  7. Salam...huhu..pcm turut bersimpati, moga haikal cepat sembuh....

    ReplyDelete
  8. Hope e'thing will be fine , In Sha Allah , AMIN!

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, sorry to hear.
    Doakan ur adik2 all fine, merebak macam tu skali. Thats the thing hospital kerajaan ni tau, tak cek betul2, I experienced it before, luka jatuh main balut dgn pasir2 sekali. Ok, nak marah2 pun tak guna kan now. Just hope semua ok.

    ReplyDelete
  10. get well soon,haikal. semoga awk pown kuat ye :)

    ReplyDelete
  11. semoga adik fiza cpt sembuh.. insyaallah amin:)

    ReplyDelete
  12. berdasarkan pglman dulu, kwn saya pn dpt jgktn kuman pd kaki yg terjatuh...akibatnya kanser tulang..mmg kalu dmm lbh 2minggu, sedikit gusar..Insya-Allah kalu takde apa2, hope adik sihat

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤