Resepi Mudah dan Simple l Ayam Paprik ala Thai


Assalamualaikum .

Hello =)

Hari ni fiza nak kongsikan resepi paling senang dan tersamgat ringkas ! Ayam Paprik ala Thai sepai sepai . Fiza sedaya upaya cuba tulis resepi versi Fiza , harap faham eh .


Bahan-bahan ( Untuk 4 orang Makan )

Ayam ( goreng sikit, jangan garing sgt)
Kacang panjang
Tomato (dibelah 4)
lobak merah (dipotong panjang)- kali ni tak letak sbb tak de stok :p
daun limau purut

BAHAN A ( DIKISAR )

bawang merah - 4 biji
bawang putih - 3 Ulas
halia - lebih kurang 3 cm
lada merah - 4 biji
Cili padi - 5 biji ( Kalau nak lagi pedas, letak byk lagi)
serai - 2 batang (serai ketuk je, tak yah kisar)

CARA-CARA 

1. Mula-mula tumis bahan A sehingga naik bau , bila dah nampak garing sikit, Masukkan air sedikit , bila nampak mendidih , masukkan ayam . ( Ayam tu aku goreng dulu sikit, tapi jgn garing sgt) . 
2. Kacau sampai semua bahan melekat dekat ayam . Lepas tu , masukkan kacang panjang, tomato, lobak merah dan daun limau purut . Dalam masa yang sama masukkan garam dengan serbuk perasa . 
Ingat! jangan sampai kering tahu, nanti tak de kuah pulak .
3. Oke SIAP! dah boleh makan bersama nasi panas-panas :)

Haaa, sangat senang kan. Selamat mencuba! :p



8 comments

  1. If I stay alone , leh try campak2 masak cm sis.

    ReplyDelete
  2. paprik ala mmg fev kak.

    terliur sudah

    ReplyDelete
  3. nampak mcm ayam masak merah... emmm.... sedapnya!!! dah lama tak makan paprik!^^

    ReplyDelete
  4. Paprik gini paling best, tak muak. kedai2 makan selalu pink jer kaler paprik depa kan.

    ReplyDelete
  5. amboiii...!
    terliur nur tgk ni.. :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤