Dahsyatnya Taubat Nasuha


Assalamualaikum .



"Wahai orang yang beriman, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam"

(Surah Ali Imran, ayat 102)

Mereka hanya insan biasa, mereka sebelum ini pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar. Mereka menyembah berhala, melakukan zina, membunuh, meminum arak, bongkak serta berani mencanar perintah Allah.

Akhirnya, muncul KESEDARAN dalam HATI, terus mereka cepat-cepat sujud bertaubat menyesali perbuatan lalu. Airmata yang mengalir menjadi saksi keinsafan. Namun, penyesalan yang menggugah kesedaran jiwa dirasakan tidak berguna lagi, lantas, hidayah Allah menjadi pengubat duka.


Aku masih belum sempat habiskan lagi baca buku ni . Koleksi kisah insan yang mendapat hidayah Tuhan .Kisah-kisah taubat para Malaikat, Nabi-nabi dan mereka yang terpilih diceritakan dalam buku ni. Sangat berguna untuk panduan dan mungkin berjaya menjentik hati kita untuk bertaubat dan menghindari dari perbuatan terlarang. InsyaAllah.

Buku ni aku beli di MPH, tulisan Ibnu Qudamah Al-Maqdisy yang diterjemah dalam Bahasa Melayu . Masa tu dah tak banyak dah tinggal . kalau berminat nak baca, cepat-cepat cari kat MPH eh :)



posted from Bloggeroid




4 comments

  1. ehh..teringin lak nak beli..
    elok ada satu buku ni...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum fiza...menarik la buku ni...:)

    ReplyDelete
  3. sekarang banyak dah buku terjemahan.. so..kena manfaatkan..sebb byk ilmu dtg dari penulisan juga..:) bell punya buku pun xsempat nak beli..kalo terlalu depan kedai buku..haishh..rasa nak beli je..tpi bila igt..bertingkat2 buku tak abis baca lagi..tak jadi nak beli..hehe

    ReplyDelete
  4. SYABAS.. SEMOGA BUKU ITU DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT BAGI DIRI KAMU.. NANTI BOLEHLAH KONGSI-KONGSIKAN DI BLOG NI..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤