Dia boleh ingat muka aku


Assalamualaikum .

Alhamdullilah, LEGA sangat! lega sebab dua esaimen aku yang duk tangguh tangguh dah siap ,dah boleh submit dah hari ni . Nak menari-nari kegembiraan pun ado nih . hikss :p
Last minute punya keje T_T , orang kata tak elok buat keje last minute nih, tapi entah kenapa, kalau bab siapkan esaimen aku jadi habit dah buat last minute, macam, lagi seminggu nak tarikh akhir, baru buat , completekan. Bila buat saat-saat akhir ni, otak aku ligat pulak berfikir, idea datang mencurah-curah . Kebiasaannya begitu =.= Awal-awal dapat esaimen, cari bahan dulu slow2 
Aku je la, orang lain aku tak tahu, lain orang, lain caranya . eh, tapi esaimen je tahu, kalau keje tak de la last minute . Keje kalau last minute jugak, lingkupla SKT jawabnya .

... stop kejap menaip tadi, aku ke pintu depan ofis jap tadi , pastu masuk nak ke tempat duduk balik, bertembung dengan sorang budak ofis lelaki nih , aku tak kenal dia, mungkin baru ditukarkan ke HQ , dia tegur aku, dan aku tak sangka langsung ayat yang dia nak soal aku tu .

" eh, awak ni bukan ke selalu duk main kat depan stesyen teksi kat Jerteh dulu? ." 
aku terpinga jap , sape dia ni? 
"erkk aah, masa kecik dulu .. erkk macam mana awak tahu?"
dia jawab " saya duk jerteh dulu, rumah kat belakang petronas seberang Jerteh, nama saya pejal "

Yang aku lagi tak sangka tu, dia siap sebut nama bapak aku weh! . Kuat betul memori dia .

Sumpah. aku tak ingat siap dia, mungkin teman zaman kanak-kanak aku sebab masa zaman aku duk main kat stesyen teksi Jerteh tu, aku sekolah rendah lagi . Atau, mungkin dia tertukar aku dengan Angah .erm mungkin. Sebab masa kecik-kecik dulu , Angah yang suka main kat situ . Stesyen teksi tu berdepan dengan kedai makan mak sedara aku dulu. Al-kisahnya.

Aku WhatsApp, tanya angah, ermm sebut nama and lokasi rumah yang lelaki tu sebut tadi, Angah kata, memang nama tu dia kenal, kawan setadika dia. Angah siap suruh aku ambik gambar lelaki tu , ishhh tak mau aku, tak pasal-pasal dia ingat aku nak ngorat dia :p 

Tapi kan, kuat betul ingatan budak lelaki tu kan, dah bertahun, muka aku pun dah berubah, tapi dia boleh ingat . erm , ni kalau baca buku untuk exam ni, mesti senang ingat nih ^^





8 comments

  1. He do have a good memory. Or maybe he is ur secret admirer. jeng jeng jeng.

    ReplyDelete
  2. akak org tegur walau dia kenal akak tp akak x kenal dan confuse..tetap iyerkan aje...x nak yg menegur rasa malu..

    ReplyDelete
  3. wahhh..hebat betul pejal tu....
    err..sabarjelah kalai fiza nak amik pic pejal..
    apa kata dia kalau fiza amik eh..hihi

    ReplyDelete
  4. nini susah nak ingat nama orang...nasib baik muka si dia dah lekat dalam kepala...=D

    ReplyDelete
  5. hohoho selalu orang lawa mmg orang akan ingat selalu yang. hehehe

    ReplyDelete
  6. rasa terharu kn bile org kenal kite walaupun dh bertahun-thn x jumpe..tolong singgah entry ni kejap blh?

    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2013/03/fariz-izhan-abdul-hadi-siapakah.html

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum fiza...alhamdullilah masih diingati...:)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤