opp opp oppa gannam style!


Assalamualaikum .


Tiba-tiba, terdengar perut sedang meriah berkumandang menyanyi - opp opp oppa 
ganam style.hikss! *_* dari pagi tak makan lagi.

Fiza dah otw balik ke Putrajaya dari Kelantan. Jap lagi nak singgah Jerantut dulu, hantar nenek kt rumah Angah. Lepas keluar dari hospital, kami satu family sepakat tak nak kasi nenek duk kg sorang sorang sampai la kami puas hati yang nenek dah betul betul sihat,kuat dan cerdas *macam iklan milo.

Masa kt hospital, nenek diberi 3 pilihan, nak duk rumah Abah kat Terengganu ke, rumah fiza kat Putrajaya ke atau rumah Angah kat Jerantut . Nenek berfikir kejap pastu nenek terus tanya Angah, 'rumah ngah atas tanah kan?' bila dengar je nenek tanya camtu, kami semua gelak sakan! hahaha! Nenek tak berapa nak duk rumah fiza n rumah Abah..sebab kami
kan tinggal di Apparment . nenek suka bercucuk tanam, jadi rumah Angah adalah tempat terbaik bagi nenek sebab rumah Angah ada laman:)

Kami tak kisah nenek nak tinggal kat rumah sape pun, asalkan boleh gembirakan nenek dan nenek selesa :)

Sekarang pun nenek dah semakin sihat .Alhamdullilah.Terima kasih Allah :) semoga nenek terus sihat dan dilindungi Allah SWT selalu:)



Pssst - gambar entry sebelum ni tu, Nenek fiza yang sakit , bukan fiza .


posted from Bloggeroid




2 comments

  1. Selalunya org2 tua, nak duduk rumah yg atas tanah...
    Kalau tidak diorg cepat jemu...
    seba tak leh keluar mana2.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤