Bersihkan Facebook

11:21 AM


Assalamualaikum .

Semalam, fiza habiskan masa hampir dua jam 'membersihkan' facebook sendiri :) lama tak mengodek gambar-gambar lama, status-status lama . hihihi senyum sendiri bila tengok balik .alahaiii zaman kanak-kanak ribena masa mula-mula berfacebook dulu tergelak 
sorang-sorang  bila baca balik status dulu-dulu . :p

'Membersihkan' tu bukan maksudnya fiza remove kawan-kawan dalam tu . taakkk . tak ada yang di 'unfriend' pun , yang tak di 'approved' ada la dua tiga orang. Sebab tak kenal ^.^ Tak ramai pun :p *saya bukan retis orang nak add ramai-ramai .hikss . Fiza kalau dalam facebook ni berpantang jugak dalam nak approved orang , kalau yang fiza tak kenal langsung, mutual friend fiza pun tak ada dalam list friend dia, memang susah sikit nak terima . Kalau yang berprofile pic pelik-pelik nak add, ermm memang 'not now' terus lah . TAKUT . -.-
Photo-photo lama semua fiza 'private' kan dah. so dah tak ber'album' dah dalam tu . Tinggal yang baru-baru je & yang di tag je:) . So, dah tak boleh tangok dah :p  Alaaa, memang tak ada orang nak tengok pun :p *sekali lg, saya bukan retis orang nak tengok-tengok gambar . haha! 
Nanti bila rasa nak ber 'public' balik, fiza tukar semula (",) 

Fb yang fiza letakkan di sidebar belog ni, tu 2nd acc fiza -fiza fantagiro II- , untuk kawan-kawan blogger dan kawan-kawan lain . Yang 1st acc tu bercampur habis dah, family members, kawan-kawan sekolah, sepupu sepapat, mak sedara, mak long , mak lang, maksu. ehh semua lah. Jadi, bila semua ahli keluarga fiza yang besar tu ada dalam list friend acc fb tu, secara automatik, acc fb tu jadi private la untuk fiza :)  Lagipun, dalam fb tu, fiza tak pernah share link blog pun . Haaa tu tujuan asal sebenarnya fiza buat 2nd acc nih, nak share entry baru , nak berkawan biar beribu, berkasih biar satu *eh tiba-tiba :p . Alaa, kira macam asingkan nombor telefon la, satu no hp untuk family dan teman rapat , satu lagi untuk ofis ke, kawan-kawan lain ke , untuk urusan Yang DiPertua Agong ke .ehh tiba-tiba lg :p.

Ada yang cakap, kalau camtu, baik buat page je , senang sape-sape boleh like . erkkk . Tak mahu :'( . Sebab, erkk *kita bukan femes nak ber'page' sendiri :'( Kalau ada yang like pun maybe geng WhatsApp sengal lagi sporting saya . Sape? erm selidik kat sidebar :p ekekekeke . lagipun, fiza masih mementingkan 'privacy' tu . kalau page, gambar semua orang boleh tengok tanpa sekatan kan? ehh ke boleh buat private jugak? erkk, tak tahu la pasal page-page nih . TAPI, kalau la, kalau eh, kalau followers fiza tu dah lebat beribu riban, erkk mungkin teringin jugak nak buat kot .hiksss . *ada hati jugak :p

Ehhh, dah 4 perenggan dah cerita pasal Fb! alahaii, banyak pulak patah-patah perkataan yang muncul kat kepala neh . oke, dah dah, fiza nak sambung buat keje balik :)



You Might Also Like

5 Adam Hawa Comel

  1. Replies
    1. cepat cepat cr mop, penyapu, bersihkan.hikss

      Delete
  2. hee...tak sempat lg buat "housekeeping" kt FB tu..gud idea ni..lepas ni boleh buat :)

    ReplyDelete
  3. Nur pun baru2 ni bersihkan FB..
    FB nur kureng aktif dah....
    hihihi...

    nur ada 40lebih pending request..
    semua tak kenal....
    tak dari mana dtg tah..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook