Cara Masak Pure Marine Collogen / Rumpai Laut


Assalamualaikum.

Hari ni, nak cerita pasal satu lagi produk yang fiza sedang gunakan dan sangat bagus kalau sesiapa nak mencubanya juga .

Pure Marine Collogen (PMC) atau lebih dikenali dengan nama Rumpai Laut.
 Rumpai laut ni sekarang sangat popular penggunaannya di Malaysia sebab banyak khasiat yang terkandung didalamnya. ohh, bukannn, fiza tak jualnya, cuma nak berkongsi cara nak masak benda ni. Fiza beli pun dengan member ofis :)




Untuk makan, fiza masak dia sama macam cara-cara memasak yang peniaga rumpai laut ajarkan, cuma bezanya, masa masak tu, fiza tak letak daun pandan . erkk sebab tak suka bau daun pandan , haaa fiza tukar dengan esen vanila . uhh sedap! pastu letak sirap sikit . Cara masak dia, secara ringkasnya macam ni :

1. Basuh PMC ni dengan air macam basuh beras tu .Rendam dalam air satu malam . Esok dia akan kembang. then basuh balik 2-3 kali. toskan.
(Jangan rendam semua, buat utk seminggu dulu, dalam segenggam tangan) 
2. Rebus dalam periuk  . Air tu ikut kita la. nak lagi cair, letak banyak sikit air. (Fiza letak dalam 2 gelas air utk segenggam PMC) 
3. Masak sampai semua rumpai tu hancur, biar jadi macam agar-agar/puding tu . (Proses ni agak lama sikit) 
4. Bila dah cair semua . keluarkan sikit , letak dalam tupperware untuk buat MASKER muka. 
5. Selebihnya yg dalam periuk tu, masukkan esen vanila, gula dan sirap (nak letak perisa oren pomboley. Perasa ni untuk hilangkan bau hanyir) .Pastu kacau . 
6. Bila dah sebati, masukkan dalam tupperware lain, then simpan keduanya dalam Peti Ais . Biar sampai dia jadi keras macam puding.  
7. Lepas tu, tadaaaa

 Yang ni untuk buat mask muka . Setiap malam, sapu je kat muka sampai kering, pastu basuh :)

Dah tinggal separuh :p , Makan setiap pagi dan malam :) Fiza punya ni memang saja buat cair , masuk dalam mulut, dia licin terus ke perut :p

Untuk nak tahu khasiat PMC ni, boleh google dengan keywood 'Khasiat Rumpai Laut' :p

oke, oke, fiza bagi link ni, baca ye khasiat dia ^^ . Mesti teruja :p

Kalau nak beli, banyak dijual secara online, kalau kat Putrajaya ni, kat Pasar Tani Presint 2 tu, ada satu gerai yang jual PMC yang dah siap masak . Macam-macam perisa ada :)



19 comments

  1. Nur mkn yg ungu tu...
    Tak campur perisa pun, bila nak mkn cedok n campurkan dalam air masak. :)

    time rebus tu, nur rebus dengan daun pandan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni fiza nak try yg ungu pulak .hikss. try yg kuning ni utk permulaan :p

      Delete
    2. lau berminat nak beli rumpai laut bole hubungi sy....019-5833900 (RM 8/ 100 gram) x termasuk bayaran pos...:)

      Delete
    3. lau berminat untuk dapatkn rumpai laut ni bole text sy 0195833900 (shabir)....RM8 per 100 gram

      Delete
  2. k.fieda pun mkn jugak..yg kaler purple..

    ReplyDelete
  3. teringin juga mana nak cari..sekitar gombak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cod dgn sy ..boleh hubungi 013-3471512

      Delete
    2. Boleh cod dgn sy...hubungi 013-3471512

      Delete
    3. Boleh cod dgn sy ..boleh hubungi 013-3471512

      Delete
  4. rumpai laut memang sangat baguskan

    ReplyDelete
  5. jaa pun dah penah wat pmc ni.... skang dah habis belum restock lagi...heee!

    ReplyDelete
  6. siap kaler merah lagi yg fiza punya ekkk! comel!

    ReplyDelete
  7. AKAK PUN ADA JUAL COLLAGEN NI...

    ReplyDelete
  8. sy dh jual yg msak kalo nk leh contct sy erk..lokasi sy die cheras...o172121382

    ReplyDelete
  9. salam. sy pun ader jual pmc yg dh msk..leh contact sy ye...lokasi sy kat cheras..or kol sy yer..o172121382

    ReplyDelete
  10. baru gugel cara nak buatnya.. hihi!

    ReplyDelete
  11. salam..saya ade menjual rumpai laut hijau (gred AAAA) yg belum di masak..
    hanya rm12 (100gram)..sesiapa yg berminat boleh lawat blog sy debellezzaa.blogspot.com.thanks.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤