Maaf ! Kampung saya tidak semiskin itu.


Assalamualaikum .


Semalam, kecoh kejap dalam group fb Kg.Pahi, Kuala Krai ,Kelantan. Kampung fiza . Sebab , erm sebab yang memang menyakitkan hati! . Fiza baru lepas tengok kat tonton TV9, rupanya dalam berita jam 8 di TV9 semalam, kemain kaw-kaw dimiskinkan Kg.Pahi. Liputan dibuat oleh beberapa krew TV9 yang memfokuskan kemiskinan penduduk dan kemunduran kg, hinggalah kedaifan Masjid yang selama ini megah berdiri di tepi jalan Utama Kuala Krai-Gua Musang tu pun dijadikan fokus utama 'memiskinkan' Kg.Pahi!

Memang, Masjid ini tidak seindah Masjid Kristal atau Masjid Besi, tapi tidak 'sedaif' seperti yang 'kamu' ceritakan tu. Kalau mahu cantikkan lagi rumah Allah ini, buat je, tidak kira dari parti mana kamu sertai, sebab, ini rumah Allah . Bila berada dalam rumah ni, DIA tidak mengira, dari  mana dan siapa kamu .Sebab, disisiNya, kita semua SAMA. Tak perlu nak canang keburukan atau kelemahannya.

Faham . Sekarang orang kata 'demam' PRU . Tapi tolong la, jangan terlalu taksud hingga "buat cerita" , "reka cerita" yang melampau macam tu . Masjid yang dibina tu, memang dah lama berdiri disitu . Memang dulu banyak yang kurangnya,  Tapi dah banyak pembaharuan yang dah dibuat . Bukan seteruk yang digambarkan di TV9 tu! . Bangunan-bangunan yang ditunjukkan, rumah-rumah kedai yang dipaparkan hanya sebahagian yang sememangnya 'daif' dilihat oleh orang yang tak berada ditempat tu, dengan kata lain , kalau awak bukan anak jati kampung tu, memang awak akan bayangkan 'Lahhh! miskinnya kg ni' . Huhh . Tolong la! Kg.Pahi tidak sedaif itu! 

Maaf , terus terang cakap, rasa meluat ni, meluap-luap dalam hati fiza ! Kampung fiza, tidak semundur itu . Setiap kali fiza balik kampung , mesti ada pembaharuan yang fiza nampak .dari dulu pun . Rata-rata anak Kg.Pahi dalam group fb tu lahirkan rasa tak puas hati dengan liputan tu . Kalau dah masuk TV, faham sendiri la Parti mana nak kondem Parti mana kan . Semua tahu kan, Parti mana je yang boleh masuk TV dengan gah macam tu . Maaf kalau ada yang terasa . Tapi bila benda ni jadi depan mata, dan kita sendiri tahu benar atau tidaknya cerita tu, rasa menyampah tu jadi makin menebal .

Walaupun fiza berada hampir 400km dari kampung, tapi semangat dan bangga menjadi anak jati Kg.Pahi, Kelantan tak pernah luntur walau sedikit .

psst~ Saya pilih melihat pada orangnya, bukan benderanya.





12 comments

  1. sebab tu org ckp kdg-kdg dlm tv ni tak bleh percaya 100% kannn...

    ReplyDelete
  2. Betol2...dorang tak pernah dan tak explore negeri kita ..sesuka hati aje nak condemned...yang penting tanah Kelantan tak tergadai :)

    ReplyDelete
  3. hmm...mcm2 cerita keluar masa nak pilihanraya ni kan..cerita betul jd x betul..cerita x betul jd betul..

    ReplyDelete
  4. nak menang punya pasal..cerita biasa dihebahkan seolah2 benda tu luar biasa sangat..dulu kecoh kata penang takleh sambut maulud nabi padahal kat sini elok je berkumpul ramai2.xde apa2 masalah pun

    ReplyDelete
  5. betul tu dear.. xptot jadikan masjid sebagai alat politik.. masjid cantik2 n besar tp xda org datang bt apa

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum fiza....biarlah apa org nak kata janji tidak seperti apa yg die org ckp..;)

    ReplyDelete
  7. Dalam media, apa yg cuba disampaikan sekadar dengar boleh..
    tapi pecaya jangan....

    ReplyDelete
  8. tv tu mmg nk jatuhkan kelantan..huhu..
    lgpun xbaik kan menghias masjid...
    kalau tgk kat tganu masjid2 yg di bina tok guru semua simple..xsemewah masjid kristal..
    tp apa guna mewah tp org tak ramai pun guna..
    apa yg penting kite semua sama di cc Allah.. =)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤