Rasa takut, seram, syak selalu ada.


Assalamualaikum .


Seramnya . Takut pun ada bila baca berita mengenai kejadian yang menimpa Timbalan Pengarah Kastam Putrajaya pagi tadi . Pagi-pagi lagi fiza dapat Whatsapp daripada kawan mengenai kejadian tu . Mudahnya nyawa seseorang diragut! Dalam kehidupan hari ini, setiap saat yang kita lalui, penuh dengan risiko . Tidak kira seselamat mana pun kita rasa kita dah berlindung . Banyak kes-kes di luar dugaan dan kadang-kadang kita rasa benda tu macam mustahil pun, boleh berlaku! Memang, ajal, maut semua kuasa Yang Esa .Tiada siapa yang mampu menghalang . Cuma apa yang ingin fiza entrykan ni, mengenai keadaan sekeliling yang semakin hari, dirasakan semakin kurang selamat . Mengenai banyaknya kejadian jenayah yang kerap berlaku hingga ditahap , meragut nyawa.

Terus-terang fiza cakap, walau kemana fiza pergi sekarang ni, dalam hati ni selalu ada rasa takut , risau. Macam-macam lagi lah . Rasa syak wasangka selalu ada , contoh , bila nampak kereta belakang macam nak rapat-rapat dengan kereta kita , dalam kepala dah fikir ''ehh, dia ni nak buat taktik nak samun aku ke' .ishh macam-macam dalam kepala .Padahal, orang tu nak cepat kejar lampu merah atau memang dia tengah 'rushing'! huhh .

Bila cerita pasal ni, tiba-tiba teringat ada satu kejadian yang jadi kat fiza dan member bila bersyak wasangka nih.

Ada satu malam tu, fiza tumpang kereta member, nak balik rumah dari pejabat . Bila sampai satu tempat tu, agak sunyi,  kami perasan ada sorang penunggang motor ni duk tengok pelik kat kami, siap bagi isyarat dengan tangan lagi . Sungguh . kami takut sangat waktu tu . Ingat dia nak rompak ke apa, tunjuk tangan suruh berhenti ke apa . Kami pecut cepat-cepat! Bila sampai dekat trafik light, ada pulak sorang abang lori laung dekat kami . 
'DIK, LAMPU KERETA TAK PASANG!' 
Ya Ampunnn! (oke faham, mesti ada yang cakap, girl bawak kereta memang selalu macam tu, lupa nak on lampu) Fiza terus gelak time tu jugak! patut laa, bro bawak motor tadi duk usha-usha , dia nak bagitahu pasal tu la kot . Yang kami nih, dah macam-macam wasangka dalam kepala . hishhh.

Tu la dia ceritanya . Bila kita hari-hari digemparkan dengan berita-berita jenayah yang berlaku, sikap berhati-hati tu jadi berganda-ganda . Tengok orang pelik sikit gayanya, dah fikir dia macam-macam walaupun kita selalu diajar dengan kata-kata
'Don't judge a book by its cover' tapi tetap nak judge jugak! .Sebab? haa sebab yang fiza cerita kat atas tu la . Susah nak percaya kat sape-sape yang kita tak kenal sekarang ni .
Dari jauh nampak oke, bila sampai dekat, dikeluarkan pisau, letak kat leher, mintak semua duit . haaah! tu yang takut tu .
Apa pun, serius fiza cakap, setiap orang, kena tingkatkan tahap berhati-hati . Be Carefull . Kalau sebelum ni, tahap berhati-hati kita tu cuma 50% , kena tambah jadi sampai 100% . Berhati-hati dah, tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak kan . Memang ebtul . Tapi sekurang-kurangnya kita dah cuba yang terbaik, selebihnya serah pada DIA yang SATU . ALLAH SWT.

psst~ Al-Fatihah untuk arwah Dato' Hj.Shaharuddin Ibrahim . Semoga tenang disisi Maha Pencipta . Dan, Takziah kepada keluarga arwah.






7 comments

  1. takut juga memikirkan keselamatan kat Malaysia nih..

    ReplyDelete
  2. alfatihah....
    takziah buat keluarga...

    nak tak nak kita kena berhati2kan...
    risaulah kalau yg berniat jahat....
    sekarang jenayah ada dimana2...

    ReplyDelete
  3. emmm... mesti berhati-hati... zaman skrg tak mcm dulu dah....

    ReplyDelete
  4. populate the two weighty mesas and immeasurable canyons at Mesa Verde National Terrain park.

    Associated with rust shouldn't certainly problem anymore.

    Also visit my page - adwokat łódź

    ReplyDelete
  5. Sometimes the term "cesspool" is used, but may be actually archaic.
    However, cesspool assessment is important when obtaining
    a apartment.

    My web site adwokat warszawa

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤