Ulangtahun BPGK ke- 41

11:02 AM


Assalamualaikum .

Wahh! tak sangka, pejam celik pejam celik, 'Bahagian Penguatkuasa' KPDNKK dah menyambut ulangtahun yang ke-41 nya semalam! Ulangtahun ini disambut pada setiap bulan April setiap tahun, atau lebih tepat lagi pada setiap 17 April . Bahagian Penguatkuasa merupakan bahagian yang paling lama ditubuhkan dalam KPDNKK ,(dulunya dikenali dengan nama KPDNHEP) ,dan fiza sebagai salah seorang pekerja yang berkhidmat dalam bahagian ni, cukup bangga dengan BPGK!

Hingga ke hari ni, kenangan berkursus di PGA Ulu Kinta 7 tahun lepas masih segar lagi kat ingatan fiza .Masa tu baru lapor diri di Pejabat Ipoh *first posting. Sebulan kami di 'kerjakan' secukupnya disana . Mula-mula sampai, huhh seksanya jiwa raga , setiap hari hingga ke malam , kawat,kawat,kawat! Tapi bila masuk minggu kedua . Dah serasi .Rasa best,tak nak balik 
pulak :) . Muka masa tu tak payah cerita la. bukan gelap dah, tapi HITAM -.- Habis kursus, seksa giler bila muka menggelupas .ohhh kenangan. Semua tu mengajar erti kepayahan.Bukan senang nak senang.

Dalam BPGK, semangat untuk bersatu selalu dilaungkan oleh 'Bos Besar' kami :),  menabur keringat dan bakti untuk masyarakat dan negara tanpa mengira gred, pangkat dan kedudukan selagi berbumbungkan nama KPDNKK .Walau kadang-kadang hanya sekelumit penat lelah  dilihat, tapi itu sudah cukup buat semua tersenyum dengan hasil yang ditonjolkan.Alhamdullilah .

Untuk sambutan tahun ni, macam tahun-tahun sebelumnya, banyak program yang dibuat tapi yang paling meriah disambut ialah Majlis Makan Malam yang akan berlangsung malam esok . Tema tahun ni Glamour & Elegant . Tapi sayang, fiza tak join :'( ada hal lain. Tahun depan pulak lah, Insyaallah fiza join:)

Semoga, BPGK terus maju dan kejayaan terus mengiringi dalam setiap apa yang dilaksanakan :)
Untuk warga BPGK, Selamat Menyambut Ulangtahun Penguatkuasa yang ke-41!


You Might Also Like

1 Adam Hawa Comel

  1. pergghhh..kawat sampai malam...
    mcm seksa je nur dengar...
    tapi semua tu pengalamankan...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook