Jerebu!

10:16 PM


Assalamualaikum .

Petang tadi dalam pukul 2.30pm, fiza , hubby and dua orang adik fiza gerak ke PD sebab nak hantar adik lelaki fiza masuk Poli, cuti sem dah habis kan . Perjalanan ke PD kali ni memang tak macam biasa . Sebab? hurmm . JEREBU . Ya Allah! memang berkabus sangat! Pagi tadi kan, masa bangun tido, fiza jenguk ke luar rumah, pun berkabus . Mula tu ingat mata yang kabur, rupanya .. jerebu . Dua tiga hari lepas, Johor yang teruk kena , now dah sampai ke belah KL,Selangor . Kesan jerebu ni pun fiza dah dua tiga hari rasa . Sakit tekak . Cuma tadi, makin teruk , batuk dan sampai mata pun pedih -.- . Ya Allah . Semoga semuanya kembali seperti biasa .



haaaa, teruk kan kabus! awan nano pun tak nampak dah :'(


tutup hidung mulut macam ni pun boleh la.hikss. mana nak cari mask kat higway kan :p wiwiwi .

Sahabat semua ;

15 Sya'ban jatuh pada 24 Jun 2013 (esok), Jadi malam Nisfu Sya'ban, ialah pada hari Ahad tanggal 23 Jun 2013 (hari ini) (bermula sejak terbenamnya matahari) , Untuk itu, sama-sama manfaatkan detik ni dengan menggandakan amalan akhirat kita , esok sunat untuk berpuasa :) banyak ganjarannya . Bila dah masuk 15 Sya'ban, bermakna kurang lebih dua minggu lagi kita dah nak masuk Ramadhan , kejap je kan . Semoga segala amalan kita diterima olehNya . Amin.


You Might Also Like

7 AdamHawa Ohsem

  1. salam sis.wah kat sepang ni pun dah start jerebu sesak nak nafas,bau asap huhu.salam nisfu syaaban ^^

    ReplyDelete
  2. jaga kesihatan Fiza...
    bykkan minum air masak,
    sama2 kita mohon moga Allah bantu kita semua...insyaAllah...

    Salam nisfu syabban fiza.. :)

    ReplyDelete
  3. salam, first time singgah sini...nice blog..
    banyak minum air masak oke...

    ReplyDelete
  4. sakit mata, sakit tekak .. huhu. moga diampun dosa2 kecil. Amin

    ReplyDelete
  5. kesian dekat korang...apapun jaga keselamatan kamu

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum fiza...kalau cuaca mcm ni kenalah berjaga2 yer...;)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List