Resepi Mudah dan Ringkas l Daging Masak Black Pepper

10:18 AM


Assalamualaikum .

Hello =)

Peningnya semalam tak tahu nak masak apa untuk berbuka, last-last dapat idea nak cuba masak Daging masak black pepper . Simple! Ni first time fiza masak menu ni, sebabnya ialah, fiza tak suka sangat lada hitam dalam masakan . Tak suka bau dia . Tapi semalam, mungkin disebabkan puasa kan, selera terbukak pulak nak cuba makan daging masak black pepper nih :p 

Bahan-bahan yang fiza sediakan sangat simple tapi hasilnya, sedap .uhukkk terpuji pulak .hikss . Resepi dia , urmm macam biasa la, fiza memang tak pro nak tulis resepi, tapi , fiza sharekan jugak. Harap faham :) Tapi gambar takde :'( semalam lupa nak snap. sob sob sob :'( Tapi kalau nak tahu macam mana rupa dia, boleh google image, akan keluar, haa macam tu la rupa dia :)


Bahan-bahan

Daging - Anggaran 300 gm 
Sos black pepper (fiza guna jenama life)
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Kicap Manis
Lada benggala (Merah/Hijau)
Bawang besar Holland - 1 Biji
Garam / gula (Anggaran sendiri)
Bahan Perasa (tak nak letak pun tak pe)


*Boleh jugak kalau nak masukkan serbuk lada hitam untuk tambahkan rasa lada hitam dalam masakan . Fiza tak suka sangat bau kuat lada hitam, so fiza masukkan sos dia je. Sos dia pun dah cukup untuk sedapkan masakan ni :)


Untuk bahan menumis 

Halia - 1 inci
Bawang Putih - 3 Ulas
Bawang besar/kecil india - 5 Ulas 


Cara-Cara 

1. Rebus daging sampai empuk, simpan sedikit air rebusan daging (dalam semangkuk kecil ke)
2. Dalam kuali asing, masukkan minyak masak dan tumis bahan-bahan menumis sampai naik bau
Bila dah naik bau, masukkan sos black pepper, sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap( bahan sos ni, ikut anggaran masing-masing, sebab fiza pun tak de sukatan, main masuk je) dan masukkan sekali air rebusan daging tadi .
3. Masukkan daging yang dah empuk direbus tadi .
4. Kacau sampai sebati bahan dengan daging .Kalau fiza, fiza suka nampak kering dan berminyak sikit , so fiza tunggu sampai air kurang dan jadi pekat.
5. Siap ! dan boleh hidang . Makan dengan nasi panas-panas. uhhh sedap!


-Selamat Mencuba!-



You Might Also Like

16 Adam Hawa Comel

  1. wah... thanks sharing resipi ek.. nnt blehlah cuba... hihihi.

    ReplyDelete
  2. fuhhhhhhhhhhhhh~ even xde gambar pon dh terliur.nk buat jugak lah nanti.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum fiza....sedap resepi ni boleh buat utk lauk berbuka...:)

    ReplyDelete
  4. Waaaa...bestnya...nanti balik seremban akak nk buat....ari tu abah ada beli daging btg pinang...

    ReplyDelete
  5. wah...sedapnya...nak copy nie...minta isteri buatkan..izinkan eya...

    ReplyDelete
  6. boleh tak tukar daging jadi ayam... daging mahal... heheheh...

    selamat berpuasa dan selamat berbuka...

    ReplyDelete
  7. sedap =)
    thx sharing dear
    cantik la blog ni. lembut je
    dah follow sini
    hit me back

    ReplyDelete
  8. perrghhh,, untung la pandai masak,, sobbss

    ReplyDelete
  9. nyum...nyum... boleh cubalah nanti.

    ReplyDelete
  10. mujur baca blog nie malam hari.. takde la tertelan air liur bulan2 puasa nie hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau ganti ayam pun bolehkan fiza....heheh

    ReplyDelete
  12. kadang2 kalau makan daging blackpaper ni pun sedap gak. lebih kurang cam masak kicap eh fiza? =)

    ReplyDelete
  13. Wah tengok pn dah tau sedap..balik nie boleh cuba..thanks share resepi

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook