Iftar 15 I Majlis (Malaysia Tourism Center) MAT1C, Ampang.

10:14 PM


Assalamualaikum .

Hari rabu lepas, puasa ke-15 , fiza dan kawan-kawan dapat jemputan untuk berbuka di  Majlis berbuka puasa Malaysia Tourism Centre (MAT1C) bertempat di Padang Lanai, Ampang, Selangor. Tempat dia bersebelahan dengan Saloma Bistro dan berdepan dengan Hotel Maya . Jemputan ini sebenarnya kami dapat melalui sifu kami iaitu blogger Ben Ashaari.

Kami sampai ke tempat yang dituju ni agak lewat iaitu dalam pukul 7.25 malam, al-maklum la, bertolak waktu balik kerja kan, memang waktu kemuncak jammed la jalan nak ke sana . Tapi alhamdulillah, sempat sampai sebelum berbuka :)

 Fiza, SueizzaWeedaYanty,and Qaseh -Geng gegurl naik satu kereta :) 

Macam ni la suasananya, malam tu, Kumpulan Rabbani merupakan artis jemputan yang membuat persembahan .

Yayy! haii semua, saya la qhaliff encem tu :p - Qhaliff paling jadi tumpuan kami malam tu :) Geram sangat dengan budak bam bam nih , dah makin tembam , lenguh tangan den dukungnya .haha!

Dorang makan banyak! paling banyak makan Adi.wakakaka.

Makanan yang dihidangkan ialah secara buffet yang dimasak oleh Chef Ismail tahu . SEDAP!


Awat tu kak sue? gegurl semua ada dalam ni, kecuali sorang tak de, haa makcik kat bawah ni .

 kami kemain kecoh duk bergambar, weeda fokus dengan makan :p 

Peace Que! Syahir, gaduh dengan Adi berebut udang :p



Pakaian fiza dari dari tema asal .hohoho! sebab dari ofis kan, nak balik tukar baju, kang lambat pulak . Tukar kat ofis? erkk tak kot :p 

Baju hitam MatYie a.k.a Qi dan sebelahnya Asyraf yang pemalu :)

Ini ialah upacara akhir majlis, Rabbani bersama anak-anak yatim :)

dan upacara akhir kami ialah , ni haa

Mereka sahabat, sama seperti pelita tu . Time jiwa tengah kacau, luah je, mereka sudi 
mendengar :) mereka terangi hati ni dengan kata-kata semangat.  Terima kasih kak sue, ty, qaseh :) love u gal.

Selesai majlis berbuka, kami bertolak balik dalam jam 9.00 pm lebih kot, fiza pun tak perasankan jam dah . Memang tak rugi fiza join malam tu, meriah riah sangat! Susah nak berkumpul semua macam ni . Sabtu ni, ada satu lagi Iftar dengan geng ni :) Geng Kelab Blogger Ben Ashaari . Kali ni kami dapat jemputan untuk makan Burger Bakar pulak .Yayyy burger bakar lagi ! tapi , fiza tak sure lagi boleh join ke tak :'( Tengok lah macam mana nanti . Haa malam ni pun fiza berbuka kat luar jugak, ada jemputan dari cousin fiza . Alhamdulillah, murah rezeki :)

psst ~ Ahad ni, tinggal 10 hari je lagi Ramadhan . Malam-malam 10 hari terakhir ramadhan ni, sama-sama kita perbanyakkan lagi ibadah, kalau boleh,penuhkan tarawih, mencari Lailatulqadar . Insyaallah, dengan izinNya, kita dapat bertemu malam istimewa itu :)


kredit picca : Qaseh Dalia Adelia




You Might Also Like

5 AdamHawa Ohsem

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List