Gerai Pak Usop, Hidangan Ikan Patin Tempoyak sedap di Temerloh .

10:30 AM


Assalamualaikum .

Masa balik kampung raya hari tu, OTW nak balik Putrajaya semula, fiza sempat singgah Jerantut kejap dan seterusnya ke Temerloh pulak atas urusan keluarga . Waktu di Temerloh tu, hubby fiza tak tahu mana datang selera dia, dia teringin nak cuba makan Ikan Patin Masak Tempoyak yang sememangkan hidangan terkenal di Temerloh ni . Ishh terkejut jugak fiza sebab hubby fiza mana penah makan Ikan Patin :p . Nak cuba rasa katanya :) So fiza pun, on je lah :) Kami menjamu ikan patin masak tempoyak ni bersama dengan dua orang adik dan Umi fiza di sebuah kedai makan yang memang tersohor dengan kelazatan Ikan patin masak tempoyaknya :)

Welcome to Temerloh! Bandar Ikan Patin :)

Kedai femes d amos tu, dekat barisan ni la. Orang panggil Kedai tepi Sungai.

Haaa, ni la dia kedainya . Gerai Makan Pak Usop . Femes Uolls! Siti Nurhaliza pun makan kt sini! :p

Macam ni la meja-meja, kusi-kusi dan org-org yang duk makan dalam Gerai Pak Usop ni :) Fiza datang ni dah pukul 3.00 pm , so meja ada la yang kosong :)

Sekarang, mempersembahkannnn !

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK panas panas dalam periuk besar gedabak :p pilih je nak bahagian mana :) Rezeki kami, masa datang tu, ada lagi lauk :)


mmmm, yummilicious! errrrrr .. fiza tak makan sebenarnya :p . Makan kuah je . SEDAP!

Berselera sungguh hubby,umi and adik fiza makan :) Sedap katanye :p 

 Haa, ni memang WAJIB ada. Budu + Ulam . kelate mari la katakan :p

Hidangan fiza pulak , ni je 
 Ikan bakar + air asam dia sedap sangat! . eh eh, semua sedap :p

 Dan ini total untuk apa yang kami makan 

 Sangat berbaloi kan :)

Waktu kami siap je makan kan, sambil habiskan air, ada satu kejadian berlaku depan mata fiza . depan tu kan jalan laluan kenderaan , entah macam mana ada sorang budak pompuan ni, agaknya melintas tak tengok kiri kanan, main terjah je, datang motor, zappppp, langgar dia . Budak pompuan tu kene tindih dengan motor, tuan motor pun sama jatuh . hishhh . sekelip mata je berlaku . Tuan motor tu habis darah darah mulut dia ,budak pompuan tu pulak, tak nampak kecederaan dia , tapi mungkin dalaman kot luka . Wallahualam . Semoga tak ada yang serius berlaku kat budak tu.

So, kepada yang sukaaa makan ikan patin ni, fiza syorkan, rasa makan Ikan Patin Masak Tempoyak kat Gerai ni. Memang puas hati . Kenyang perut, senang hati . eh pantun ke tu? :p hiksss .



You Might Also Like

16 AdamHawa Ohsem

  1. Dah bbrapa kali mkn kat situ. Tiap kali ada urusan kat temerloh mmg akan brenti mkn situ. Aku pun x mkn ikan patin tp klau kat situ jer aku mkn...

    ReplyDelete
  2. sy pun pernah mkn kat situ hari tue...ikan patin die memang terbaik ar..dah la besar2..hehe
    #peminat ikan patin#

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh peminat ikan patin ni :) gud gud :)

      Delete
  3. pergi temerloh kalau x makan ikan patin memang tak sah r.. kat situ emamng best kak.. sy pernh pergi skali, tahun lpas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun teringin nak pegi lg kedai tu :)

      Delete
  4. kena cari ni...hehehe...jarang makan kat kedai,biasa makan original org temerloh masak kat umah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa, kak sue org pahang kan! kene kene ..hihihi

      Delete
  5. saya tak makan ikan patin, tapi penggemar ikan patin mesti seronok dapat tau tentang gerai ni dan pasti bercadang nak ke sana dan mencuba...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa..nak pegi jauh bebenorlah fiza....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, nanti kot nur ada urusan kat sana , leh try :p

      Delete
  7. Kesian bdk tu.. harap x apa apa.. x prnh try ikn patin msk tempoyak. Mybe suatu hari nnti.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la .harapnya .. haa nanti boleh try :)

      Delete
  8. Saya tak makan ikan patin... grrrr

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List