Puisi RM0.20, mereka berbicara.


Assalamualaikum .

Tadi, adik fiza ada forwardkan satu puisi melalui whatsapp kat fiza . Bait bait dalam puisi tu memang sesuatu yang sebenarnya kita nak sesetangah orang faham bila kita marah dan merungut dengan kenaikan minyak hari ni. Ni puisi dia..


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?,
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana n taknak hilang perikemanusiaan.

Terkesan tak kat hati? Untuk fiza, ianya sgt mendalam dan mengenai jiwa ni..alhamdulillah..Ya, ucap syukur di atas setiap nikmat Allah mmg tak pernah putus , kerana hanya Dia yang maha mengetahui, segala hikmah disebalik setiap kejadian.

posted from Bloggeroid



5 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤