Trip to Bandung (Hari Pertama) : Tangkuban Parahu

4:53 PM


Assalamualaikum .

fuhh, fuhhhh , fuhhhhh ! baru ada masa nak menatap belog ni, dan alang-alang dah menatap ni, fiza isikan entry baru pasal trip hari tu :)

Pada 20-22 september lepas, untuk pertama kalinya fiza menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia . Trip yang sangat menyeronokkan dengan Kakak ipar and her friends! . 2 Hari, 2 malam fiza di Bandung . Masa memang suntuk , dan disebabkan kesuntukan masa tu, setiap jam yang ada kami isi dengan melawat tempat-tempat menarik dan tempat makan yang best di sana :)

Di sana, kami di guide oleh sorang 'pemandu pelancong' yang sangat baik hati . Heru namanya . bermula dengan Hotel, tempat makan, tempat berjalan . Semua dia uruskan :) teratur sangat percutian kali ni :) oh, kalau nak tahu pakej kami ni untuk tujuh orang cuma RM 278 sekepala . Hotel 4 star tahu! Murah dan sangat berbaloi :) . So next time kalau nak datang lagi, boleh lah tempah Pak Heru ni awal-awal :p

Hari pertama di Bandung , tempat pertama yang kami tuju ialah di sini

TANGKUBAN PARAHU . Amazing view! Macam tak percaya je yang depan fiza ni ialah bekasan kawah gunung berapi . bau belerang betul-betul menyengat hidung .

Nak tahu lokasi dan sejarah Tangkuban Parahu ni, klik sini 






Kalau korang datang ke Bandung . Wajib datang ke sini tahu ! :) Sebab disini merupakan salah satu tempat bersejarah di Bandung :)
Selain pemandangan yang cantik di atas gunung ni, fiza juga berpeluang rasa Strawberry disini yang urmmmmmm , sangat sedap dan sedap dia lain dari srawberry yang biasa fiza makan sebelum ni .

huhh, tekak terbayang bayang la pulak -.- dapnyee dapnyee dapnyee!

Antara View di Tangkuban Parahu .

Disini, terdapat beberapa gerai jualan makanan dan cenderamata. dan yang agak merimaskan fiza ialah , bila kene asak dengan beberapa kumpulan peniaga cenderamata disekitar kawasan ni . Perghh memang ramai . Dorang akan  sesungguh hati mempromosikan barang jualan dorang kat kita . So untuk tips! , jangan sesekali cuba bertanya harga atau apa-apa je tentang barang yang mereka jual , sebab sekali korang tanya, haaa, memang korang akan tahu la macam mana rimasnya. sampai nak berjalan pun payah aihh, sebab kene ikut.hihi. Tapi jangan la takut pulak, dorang memang asak kita suh beli barang tu, tapi tak de la sampai bersikap biadap atau tak elok dengan kita . Mereka baik, cuma tu lah , terpaksa faham jugak lah, mereka berniaga :p mungkin di sana, caranya begitu .

Tudia, gerai yang fiza maksudkan tadi :) . Banyakkk . hihi

Kat bawah bawah tu, fiza tak pegi pun . just tengok dari atas je . Jauh kot nak berjalan kat tebing gunung tu :p

ishhh, banyak nih kalau nak letak semua gambar . Kang muntah pulak korang tengok .ehh ada yang tengok ke ? erkk hihihi . Dah dah, tu je untuk episod kali ni . wahhh berepisod gitu, maknanya ada sambungan dia la ni .hihi, nanti untuk next and nextnya, fiza cerita pasal tempat makan yang best-best kat sana pulak oke :)

daaaa, nak shut down pc . Dah kul 4.30pm dah . Balikkkk .

'bersambung' :p




You Might Also Like

13 Adam Hawa Comel

  1. wah best nye.... Tak pernah pegi lagi...

    ReplyDelete
  2. seronoknya jenjalan ke bandung.... jaa ni bila lah nak sampai sana... hihihi... btw kat sini nampak mmg best, rata2 org bila pergi bandung, akan ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah jaa, suatu hari nanti ada peluang tu :)

      Delete
  3. Seronoknyaa..!!

    Bilalah agaknya Nur nak sampai sana ni.. :)

    ReplyDelete
  4. owh best nya travel .. bro dh follow blog sis .. now link blog sis ada di wall blog bro .. tq :)

    ReplyDelete
  5. jeles tolllllllllllllllllllllllllllllllllllllll den tgk grrrrrr

    ReplyDelete
  6. Ni dah kenape pendek bebenor citernyer dlm 1 episod... mohon setiap episod dipanjang kan...

    ReplyDelete
  7. cantiknya , thank u yeah for the FM.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah..ctk nyer gambar2 tu

    ReplyDelete
  9. kat sini kalau nk beli strawbery kna hati2. ada yang jenis diorang rendam air gula. tu yg manis semacam tu.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum fiza...wah seronoknya gi sana pemandangan pun cantik...:)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook