Pulau Ketam ikan Bakar Ekspres

1:10 PM


Assalamualaikum .

Semalam, Sabtu , tetiba terfikir kat kepala ni nak berjalan dan isi masa hari minggu ke GM Wholesale City Klang . Itu first time fiza ke sana . Lagipun semalam Angah dengan anak-anak buah fiza ada lagi kat sini, so best la berjalan :) Plan nak ke GM tu pun last minute punya keje tu .huhu . Masa duk fikir nak keluar g mana tu , teringat yang orang kata kat GM tu 'Syurga pakaian kanan-kanan' . Murah dan Cantik . Sambil kenal tempat, sambil cuci mata, sambil shopping apa yang berkenan :) 

Sampai je kat sana . fuhh , penuhh kereta! Ngalahkan Kenanga dah . hampir 10 minit jugak berpusing cari parking . Bila masuk je kat GM ni, waalaweyyy , betul laa, penuh dan bermacam jenis pakaian kanak-kanak ada, tapi bukan utk kanak-kanak je, pakaian muslimah dan pelbagai jenis barangan lain giler banyak kat situ . lagi best dari KWC :p *xcited terlebih sebab first time datang kan ^^

Sebenarnya, isi penting untuk entry ni ialah fiza nak cerita tempat makan yang sangat best dalam GM ni . Nama restoran tu PULAU KETAM IKAN BAKAR . Nama je kat pulau tapi restorannya terletak dalam bangunan GM ni ha :p. lupa tingkat berapa , tapi dekat area food court . Mula tu hubby tarik tangan nak masuk Ayam Penyet , tapi masa nak ke Ayam Penyet tu, fiza terpandang restoran ni . Oke, jujurnya, tarikan pertama  fiza nak masuk ialah sebab nama restoran dia tu dan suasana dalam dia . hihi . Maka fiza pun tarik balik tangan hubby masuk restoran ni :p






 Ini antara menu yang disediakan . sangat MURAH! mula tu fiza ingat mahal la harga makanan dia kan, sebab tengok la senarai ikan dia . Tapi ternyata ramalanku salah belaka . Semua harga tu set dengan air dan nasi .


Haa, ni fiza punya santapan . Ayam goreng Hawaii apatah nama dia . dan rasa dia SANGAT SEDAP . manis , masam, semua ada . complete rasa dia bila masuk dalam mulut tu . urmmmm . 





Tiga atas ni santapan hubby fiza , angah n BIL fiza . 100x likes utk makanan ni . Sedap! Dia ada 4 pilihan cara masak untuk ikan dan ayam ni, so kita cuma pilih je nak makan masakan macam mana . 

Oke, licin . Yang tinggal cuma serpihan bendi dan kuah je :p ehh alamak, ayam tu ada seketul dua lagi laa . alaa, rugi rugi !


Ha, ni total untuk semua yang kami makan tu . 5 orang makan dan jumlah dia cuma RM55.40 je . Sangat murah dan berbaloi !

Korang kalau pergi ke GM ni, wajib rasa makanan kat situ , makanan sedap, murah dan layanan pun baik dari pekerja dia . Masa nak keluar tu, tetiba fiza terperasan satu signboard yang memang femes ni .jeng jeng jeng !



Haaa, rupanya kedai ni pernah masuk JJCM . JJCM biasa pegi tempat femes dengan kesedapan makanan dia kan , so sini memang betul tempatnya . Next time , Insyaallah fiza datang lagi ke sini , dan lepas ni, tujuan utama mesti nak makan kat sini , lepas tu baru shopping :p .

psst ~ Kualiti gambar tak cantik sebab snap guna henpon :p



You Might Also Like

16 AdamHawa Ohsem

  1. GM Klang ni orang kata tak terjalan fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . fiza pun duk pusing 2 tkt je, hihi, tu pun tak habis lagi masuk kedai :p

      Delete
  2. sedapnyer..murahla tuk 5 orang byk tu je..kalau mkn kfc 5 org kat 100 kut..hehe

    ReplyDelete
  3. Bring me along ur next time punya stop , nak makan je , shopping tu kurang kot.

    ReplyDelete
  4. okeh,akan di terjah hujung minggu depan,nak rondo buat persiapan majlis..hehehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum fiza....bestnya menjamu selera...;)

    ReplyDelete
  6. X pnh sampai lg....nanti nk masukkan dlm wishlist...byk beli baju?

    ReplyDelete
  7. wahh...shedap2nyaa...!!!

    GM tu, kalau untuk borong2 mmg murahkan...
    Nur pernah pegi sekali...

    ReplyDelete
  8. salam blogging , owh menu nya nmpk best , harga nyaa murah tu .. done klik :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook