Kejayaan bukan dengan IZIN 'Orang Dalam'

8:04 PM


Assalamualaikum .

Hari ni, dah keluar dah result temuduga kenaikan pangkat yang dibuat baru-baru ni oleh Kementerian tempat fiza keje. Ramai yang kecewa. Hanya dua tiga orang je yang berjaya untuk simpanan . Rezeki masing-masing.

Tahniah untuk mereka :)


Bila datang kecewa, setiap orang punya cara berbeza untuk luahkannya . Dalam pelbagai bentuk . Ada yang meluah dalam keadaan marah, sedih, redha dan macam-macam lagi . Dan paling ketara bila ada yang berpegang teguh dengan kata-kata "Tak ada orang dalam, memang sampai bila pun takkan dapat" . Hurm . "Orang Dalam" . Orang dalam ni kira seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu keputusan di sesebuah Jabatan la.

Betul , sekarang, ramai yang menggunakan 'orang dalam' untuk memenuhi keinginan macam nak dapat kerja, kenaikan pangkat atau dalam isu pertukaran . Fiza tak nafikan tu . Cuma yang kita perlu ingat . Bukan dengan IZIN 'Orang dalam' tu  kita berjaya memenuhi keinginan kita tu!  Contoh , kita berjaya dalam pertukaran yang kita mohon melalui pertolongan seseorang , dalam gembira tu , terima kasih kita hanya pada dia hingga lupa nak berterima kasih pada Yang Maha Esa . DIA. Kita LUPA, bahawa, setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan KEIZINAN-NYA .

Dan yang sedihnya, bila gagal , kita seolah gunakan alasan tu untuk menghentam . Kata-kata "Tak ada orang dalam, memang sampai bila pun takkan dapat" pun tersemat dalam kepala . Percayalah, Waima kita gunakan Ketua paling berpengaruh sekali pun , kalau dah ditakdirkan Allah kata rezeki tu BUKAN untuk kita , maknanya memang takkan jadi milik kita. Jangan terlalu kecewa hingga kita menyalahkan takdir .

Kun fayakun .

Bila mana Allah kata jadilah, maka jadilah ia tanpa siapa atau apapun yang boleh menghalangnya. Takkan tertangguh walau sesaat .

Insyaallah , Saat kita gagal dalam sesuatu yang kita inginkan, Allah telah aturkan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita . Begitu juga bila datang ujian untuk kita . Allah hadirkan kita ujian kerana DIA rindukan rintihan hambaNya . kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,  ujian dan musibah, mengingatkan kita pada Dia . Kita yang alpa selalunya akan merintih pada Allah, hanya bila di dalam kesusahan :'(


Berusahalah , TAPI jangan sampai lupa pada DIA .


You Might Also Like

6 AdamHawa Ohsem

  1. Wsalam n salam blogging .. mungkin itu atas rezki masing-masing , untuk orang lain mugkin hari ini mereka tak dapat akan datang mereka akan dapat :)

    ReplyDelete
  2. Sabar ye kak , biarlah mereka dengan usaha yang tak jujur dengan menggunakan ORANG DALAM nanti mereka menjawab lah DI DALAM sana nanti. In Sha Allah , rezeki akak akan sampai jugak nanti. Usaha la dengan ikhlas bukan menunjuk dan cara yang salah , nescaya ada ruang akan akak kecapi kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup dan kerjaya nanti. Tuhan tau akak kuat untuk harungi ujian dan kegagalan , dan Tuhan nak akak terus berusaha bukan jatuh tersungkur dan terus mengalah. Chaiyok Kak Fiza ku sayang!!!!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook