Layar Keinsafan


Assalamualaikum .

Eh eh eh, JUMAAT dah?? waa cepatnya! Hari ni fiza masuk keje agak lewat, sebab ada hal yang tak dapat di elakkan . Masuk masuk, terus dapat tugasan dari bos . hohoho , dah macam kene  denda sebab masuk lewat pulak :p . haha! Tugasan tu bukan berat pun, senang sangat :p Isnin ni saya hantar ye bos  (",)

Bos fiza baik , tapi walaupun baik, dia tegas :) Ohh , ni bukan bos yang dulu tu dah . Ni yang lain pulak . Yang syukurnya, Fiza selalu dapat peluang bekerja dibawah ketua yang bukan 'Bossy' :) 

Semalam, agak lama jugak fiza ambil masa baca pasal kisal Arwah Ahmad Ammar . Baca ceritanya di Fb Ibu arwah.  Bila tengok kat Youtube , Ya Rab, hampir menitis airmata ni . Besarnya anugerah Allah saat kematiannya . Begitu ramai yang berada bersama sehingga ke saat dikebumikan :'( Insyaallah, Syurga tempatmu Akhi . Untuk kamu yang nak tahu siapa arwah, boleh tengok videonya di Youtube . Fiza tak boleh nak share kat sini sebab internet kat ofis 'block' Youtube T_T . 

Haa atau , boleh klik SINI ni untuk baca kisah arwah . 

Dah baca? .. sedih kan :'(


Kita? bagaimana pengakhiran kita nanti? Takut bila fikirkannya . Semoga , saat kematian kita juga nanti akan dimuliakan oleh Allah, semoga mati kita dalam keimanan . Amen . Untuk mendapatkan kemuliaan tu, masa di dunia ni la kita kena berusaha . Usaha untuk selalu dekat denganNya dan mendapat keredhaanNya . Fiza pun, bila lihat penghijrahan seseorang di depan mata, sedikit sebanyak buat hati ni menyimpan rasa untuk jadi sepertinya . Cuma, hati ni selalu goyah dengan duniawi -.-

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menghadap ombak getir
Jarum ufuk pula mengemas terangkah
Pada layar terkapar

Mengapa hentikan senja
Barukan terdetik pulang ke pengkalan
Bila malam menghampiri
Kutewas di lautan

tuhan…
Layarkan ku kearah cintaMu
Tuntuni ku mengapai redhaMu
Timbunan kasihMu berteduh
KepadaMu ya tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dinihari
Kesempatan yang hanya sebentar
moga Keikhlasan ku terapkan

Berikan aku hidayah
agar dikuatkan iman yang lemah
moga diberkati hidup ini
menuju bahagia yang kekal abadi….


harapanku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjangan
moga lautan hilang gelora
untukku belayar..
(Layar Keinsafan by Mestica)


6 comments

  1. rasa nk ikut jejak para syuhadah, tapi takut nanti dgr letupan terus lari.. iman masih tak kuat...

    ReplyDelete
  2. mmg nangis mengikuti kisah arwah ammar

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Ahmad Ammar antara insan yg terpilih. Semoga arwah di tempatkn dalam kalangan org beriman.
    Semoga kita istiqamah untuk menjadi hamba Allah yg beriman..

    ReplyDelete
  4. salam blogging ... allhamdulilah untung dapat bos yang baik .. :)

    ReplyDelete
  5. kisah arwah tu..mmg sebak baca...
    lihat betapa sayangnya Allah pada arwahkan...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤