Misteri Villa Nabila yang tidak terungkai

4:07 PM


Assalamualaikum .


Di Villa indah ini,
pernah menjadi saksi
termasyar yang gemilang
suasana meriah
termetri dihatiku ..
kau yang memiliki kehebatannya dimalam itu...

eh, eh .. termenyanyi pulak :p


Kecoh . memang kecoh dengan cerita Villa Nabila nih . Dalam masa sehari, semua media sosial berkongsi pasal ni . Bukan setakat di media, di ofis, di cafe pun sana sini orang duk bercakap pasal Villa Nabila ni . Semuanya gara-gara seorang remaja yang hilang tu kan .
Fiza sehingga semalam, memang tak pernah tahu pasal kewujudan Villa Nabila dan cerita disebaliknya ni . Kisah Misteri yang dikatakan menyelubungi setiap sudut kawasan Villa ni . Dan semalam, bila kawan-kawan sibuk duk bercakap, fiza pun habis la gugel . Macam-macam versi yang diterjemahkan . hihi, mana yang betul tak tahu la :p . Tapi kan, bila baca tu, seram jugak! erkk . Tengok gambar villa tu pun menyeramkan jugak :p .
Cuma satu je la, fiza duk cari-cari jugak gambar rupa bentuk asal Villa tu, tapi sampai sudah tak jumpa . Teringin nak tengok .

Ohh berbalik pada cerita remaja hilang tu . haaa sebab kes dia la Villa ni popular sari dua ni.hihi , Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak dia . Harap lepas ni, kes yang sama tak berulang dah . Dan harapnya, lepas ni jangan la ada yang jadi ajinamoto dah ,sebar cerita yang belum tentu kesahihannya . Suspen tahu! bila dengar cerita *hearsay kata sampai 30 orang , 23 orang yang hilang dalam tu .Walhal, cuma sorang . ish ish ish . Mahu tak gempar! . 

Lepas ni, Villa Nabila akan terus kekal dengan misterinya . Misteri yang tak berkesudahan dan tak punyai kebenaran yang pasti . Silap-silap, ada yang buat cerita Villa Nabila pulak , alaa macam Highland Towel tu :p . Cerita yang banyak disirami dengan Garam, Gula, Ajinamoto -.- hurm.






You Might Also Like

5 AdamHawa Ohsem

  1. rupanya budak yang hilang tu stay rumah kawan dia, masuk berita tadi... ape da media ni buat gempar je.... hehe

    ReplyDelete
  2. 800 datang follow.jom tukar link dgn saya

    ReplyDelete
  3. kes tu dah selesai pun kan...harap budak tu nak keluar umah, bgtahulah mak dia..
    bila dah hilang mcm ni, kan dah jadi bukan2..satu malaysia risau..

    cuba tgk blog deqla..ada gambar rumah asal...

    ReplyDelete
  4. ooo nabilaaa ~~~~ akak nabila kim salam haha

    ReplyDelete
  5. wsalam .. salam blogging ..kecoh satu malaya isu ni he3 .. ehammm

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts