Review I Lawak Ke Der 3

11:23 AM


Assalamualaikum .


Semalam, 04 Dis 2013, Fiza berpeluang untuk menonton sendiri Stand up comedy popular Malaysia, #LawakKeDer3 di Istana Budaya bersama rakan-rakan blogger lain dan semalam juga merupakan hari pertama persembahan :) Sebelum ni, Fiza pernah menonton Lawakkeder2 dan ianya berjaya menggeletek hati ni untuk ketawa terbahak-bahak dan bahak .
Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok :) Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3.  



Kami, berkumpul di Istana Budaya lebih kurang jam 7.30 pm dan persembahan bermula jam 8.30 pm . So, sebelum tu, sempat la Fiza berkenal-kenalan dengan beberapa rakan blogger yang baru first time jumpa :) Mereka semua friendly dan mempunyai keterujaan yang sama dengan Fiza untuk melihat persembahan Lawak ker der 3 ni.

Untuk musim ketiga ni, pelakon yang diketengahkan oleh director dan producer Hans Isaac ialah Harits Iskandar, Nabil, Jambu dan Douglas Lim . Yes! Douglas Lim . Kenal kan . He is a Chinese actor dan kemunculan dia untuk Lawak Ke Der 3 ni memang membuat Fiza tertanya-tanya, mampu ke dia mengeletek kami dengan lawak dia? Apa lawak yang nak disajikan? hurm . jeng jeng jeng :p Memang satu kerugian  siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka.

Persembahan yang diberikan oleh Nabil , Jambu , dan Harits Iskandar tidak menghampakan. mereka adalah pelakon komedi Malaysia yang memang kita semua kenal dan tahu kehebatan membuat orang ketawa dengan lawak masing-masing:) Dan seterusnya .., Douglas! Ya Douglas ! memang unexpected sungguh oiii .  Dia betul-betul berjaya membuat penonton ketawa tak hengat semalam . Idea spontan , dengan cara selamba dia . Hahaha! aiiyakk, wa talak boleh ingat laa, sekalang pun mahu gelak oo :p Besttt sangat! perfect 10 fiza bagi dia! , So lepas ni, tak boleh nak pandang rendah dah kat Douglas :) 'Mesti semua orang tertanya-tanya, apa budak cina ini buat di disini' kakaka, lebih kurang macam tu la ayat dia masa mula-mula naik pentas :p Persembahan Douglas paling menonjol serta berjaya mendapat standing ovation dan tepukan gemuruh penonton! :)


Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini korang boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu!

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah :-

 Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE DISINI


Apa itu ESCAPE?

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu.
Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!

Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta).

Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.

Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.Ini yang paling best!

Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

Kelebihan ESCAPE:

• Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua

Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.


Lebih kurang jam 11 pm , tamat la sesi senaman perut kami . Puas hati dengan Lawakkeder3 ni uolls! So, kepada yang tak nak rugi untuk menonton the best Stand up comedy in Malaysia ni, cepat-cepatlah dapatkan tiket di ticket2u.biz . Sape lambat, tiket habis, korang yang rugi :p
Lawak ke der 3 ni bermula 04 dis - 08 dis je . So jangan ketinggalan!


#escnow #lawakkeder3


You Might Also Like

7 Adam Hawa Comel

  1. I jatuh cintan dengan Douglas Lim si lawak best babi siot!! LOL

    ReplyDelete
  2. Mula termimpi2 lawak 14 sen dia

    ReplyDelete
  3. Mula termimpi2 lawak 14 sen dia

    ReplyDelete
  4. Untung fiza dpt tgok first show. ..

    ReplyDelete
  5. Oh Fiza pun ada sekali ek.. Menyesal rasanya tak bergambar dengan fiza.. eh isteri orang nie. bahaya

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. haish..entry fiza buat nur nak tgkk...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook