Ringankan beban mangsa banjir

4:49 PM


Assalamualaikum .

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya; pertama, harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah. Kedua, tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya. Ketiga, tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya" (HR. Ahmad).

Allahuakhbar . Rasulullah  bersumpah ketika berbicara mengenai sedekah . Betapa terpujinya sifat orang yang suka bersedekah itu .

Sekarang , Saudara kita di beberapa tempat di MALAYSIA sedang mengharungi kesulitan yang sangat sangat menguji mereka . Bencana alam, banjir . Semua orang maklum dengan keadaan ni kan . Semalam, fiza baca status beberapa orang kawan yang berkongsi keadaan mangsa banjir di beberapa tempat .. sangat menyedihkan :'( . Mereka kekurangan keperluan asas . Makanan, pakaian dan dari info, apa yang paling diperlukan waktu ni ialah makanan dan selimut dan pampers untuk baby .
 Semua musnah akibat banjir. Kita yang masih dalam situasi selesa dan tidak di timpa kesulitan seperti yang ditanggung saudara kita disana tu, sama-sama lah ringankan ujian mereka dengan hulurkan seikhlas mungkin sumbangan kepada mereka .

sumber 

Beberapa NGO telah menubuhkan tabung banjir untuk sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan sumbangan bolehlah di salurkan ke akaun tersebut . Niatkan hati seikhlasnya untuk bersedekah , tak kisah lah walau kecil jumlahnya, biar ia jadi rahsia antara kita dengan Allah SWT . Dan yang paling penting Doa.  kita mohon kepada Allah SWT agar segala kesulitan ini cepat berakhir .

Ameen.



You Might Also Like

4 AdamHawa Ohsem

  1. ye betul, hari ni saya dah ada hulurkan sedikit bantuan setakat termampu kepada kawan yang akan ke kuantan untuk menjadi sukarelawan banjir

    ReplyDelete
  2. Ya Allah semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian bencana ini.

    ReplyDelete
  3. Alhamduillah....ramai juga yg dah turn membantu...
    moga diringankan beban mereka di sana...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List