Kisah Syiling dan Adik Nurkhatijah .

9:13 AM


Assalamualaikum .

 Menitis airmata Fiza bila baca kisah adik NurKhatijah tadi . Tengok la , dalam kemewahan, kesenangan kita, masih ramai yang hidup dalam kesusahan . Adik NurKhatijah tinggal bersama datuk dan neneknya selepas kematian ibunya seawal usia dua tahun manakala bapanya mempunyai masalah sosial . Sejak kematian ibu, adik Nurkhatijah tinggal bersama datuk dan nenek .Datuk tidak bekerja kerana faktor kesihatan, manakala nenek pulak, bekerja sebagai tukang cuci yang gajinya kita sendiri boleh agak berapa . Cukup-cukup makan je :'(

Masa hari pendaftaran masuk ke sekolah , Datuk bawak adik Nurkhatijah ke sekolah untuk belajar di situ . Yang menyedihkan .. duit yuran yang dibawa ialah dalam bentuk syiling dan selepas guru-guru di sekolah tersebut kira, jumlahnya cuma RM64


Jumlah tersebut masih belum cukup untuk membayar yuran yang berjumlah RM175. Mujur , kerana keprihatinan guru-guru disitu , jumlah yuran cukup hasil sumbangan ikhlas mereka . Alhamdulillah . Semoga lepas ni, ada badan-badan tertentu yang bertanggungjawab dalam urusan kebajikan rakyat ini tampil membantu :) Dan semoga, senyuman manis ni terus terukir di bibir adik Nurkhatijah .


Adik Nurkhatijah , hari ni mungkin kesusahan yang adik rasa , nanti dah bersekolah, belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh . Insyaallah, berkat kerajinan dan kesungguhan tu, suatu hari nanti nanti, kejayaan mengiringi adik .Jadikan kesusahan hari ni sebagai pemangkin untuk berjaya bila besar nanti :)

Psst ~ Dalam keadaan 'kenaikan' sekarang, cuba fikir, macam mana orang yang senasib dengan keluarga adik ni, nak survive? Kita yang alhamdulillah senang sikit ni pun terasa , apatah lagi mereka . hurm :'(
Semoga, ada jalannya .





You Might Also Like

7 Adam Hawa Comel

  1. Ada baca kat FB. Sedih sangat².

    ReplyDelete
  2. huhu sedeynyer.. takde badan kebajikan yang tolong ker? huhu

    ReplyDelete
  3. kisah adik ni memang perlukan bantuan. at least, bagi la duit wellfare yg kebajikan masyarakat tu kat datuk nenek adik ni :(

    ReplyDelete
  4. kesiannkan..huhu

    bedak syria sama dgn bedak arab tp lg up2date dr bedak arab..lg 1 ada vitamin n cermin =)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook