Tazkirah Ringkas Dr.Ridhuan Tee Abdullah yang menyentuh hati


Assalamualaikum .

Sehingga akhir hayatnya pun, tiap kali saya bisikkan di telinganya , "Mak .. sebutlah kalimah .. Laa ila ha illallah " . Saya tak dengar kalimah itu .

Apabila badannya terkujur kaku, saya ingin mandikan mak saya, sampai ke peringkat mandi pun, saya tak boleh lakukan . Dan hari ini, saya hanya boleh berdoa, 
"Ya Allah, Engkau ringankanlah azab ibuku, kerana dia ada anak yang baik, yang telah memeluk agamaMu, itulah saya, adik bongsu saya dibelakang dan cucu-cucunya yang baik ."

Saya mohon saudara yang ada anak-anak seagama, tidak ada pemisah antara anak dengan ibu, amalan saudara sampai kepada mereka, sampai bila-bila. Gunakanlah kesempatan ini sebelum terlambat .

~ Sebahagian daripada tazkirah ringkas Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Pencetus Ummah semalam .Tazkirah ringkas yang telah menitiskan airmata Fiza dan hampir kesemua penonton :'( .

Bila bersangkutan dengan kisah Ibu, sesiapa yang mendengar mesti akan terkesan di hati . Rindu pada umi, membuak-buak . Ya Allah, Ampunkan lah segala dosa-dosa dan pelihara lah Ibuku, bahagiakan dia dunia akhirat dan berikanlah Ibuku ganjaran Syurga Ya Allah .


Sayang Umi sangat-sangat!



9 comments

  1. Allah Hu Akhbar..Moga ada belas kasihanNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih En.Abil, sudi singgah sini :) Ameen ..

      Delete
  2. kan kan..baru tgk td kat opis..menitis air mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza 3 kali tgk, mata ni still berair :'(

      Delete
  3. mmg sebak laa...xleh nak tahan..!
    mmg nangis mlm tuuuu

    ReplyDelete
  4. teringat pada arwah ibu..

    salam kenal Fiza..akak follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah utk arwah ibu akk .Moga arwah bahagia di alam sana ..

      Oke..salam kenal kak, i follow u back!

      Delete
  5. sebak dibuatnya... menitis air mata huhuhuuhu

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤