Antara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan Pembiayaan Yuran JPA

3:47 AM


Assalamualaikum .

Cukup sebulan ruangan ni aku abaikan :'( sadissnya T_T

Tengok last post , hamboii puisi .haha . Puisi tu puisi mengarut yang Fiza tumpahkan kat sini time duk nak siapkan esaimen masa kat USM hari tu . Jiwa kacau nak karang ayat untuk esaimen sastera . Beku kejap dengan macam macam ayat metafora. Huhu . Last keluar ayat meraban konon nak berpuisi tu (",) . konon.

Dalam sebulan ni, macam-macam hal jadi . Ada suka .Ada jugak yang duka . Yang duka Fiza dah buang jauh jauh kat laut china selatan dah , cerita yang suka je ada tersimpan kat hati ni ha. Salah satu yang sukanya ialah Fiza berjaya dapat tajaan yuran pengajian daripada JPA . Haaa sangat gembira dan bersyukur tahu! Alhamdulillah :) .

Masa tahun pertama hari tu lagi, Fiza saja 'test market' cuba apply Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang di sediakan oleh JPA untuk penjawat awam yang sedang menyambung pengajian, dah ada kemudahan macam ni, kita gunakan sebaik mungkin, ye dak . Tapi hampa, tak berjaya . Bila masuk tahun kedua , ada yang bagi semangat suruh cuba lagi, so, memandangkan masih melepasi syarat2 yang dikenakan, Fiza pun cuba lagi sekali . Dalam duk apply PBU ni, Fiza dapat email pasal peluang kepada Penjawat Awam untuk mohon satu program tajaan yuran oleh JPA kepada mereka yang belajar separuh masa .Haa, memang peluang nih walaupun waktu tu 'gap' masa untuk mohon dah suntuk dah, Fiza cuba jugak apply :) .

Lepas tu, dalam 2 bulan kemudian, keluar la result .Semak yang PBU dulu , ohhh hampa lagi T_T . Pastu, masa tu dia keluar sekali dengan result permohonan yuran tu, so semak la lagi .. dan alhamdullilah

Berjaya! Yayyyyy *clap clap!

Kelebihan tajaan yuran pengajian ni, berbanding PBU ialah . Tajaan yuran tak payah bayar balik ;) PBU kene bayar balik . Hihi.

So, korang yang sekarang sedang berkhidmat dan dalam masa sama sedang belajar, gunakanlah sepenuhnya peluang yang JPA bagi ni. Memang, yuran student PJJ ni tak de la mahal sangat, tapi , apa salahnya guna kemudahan yang disediakan untuk kita ni kan :)

Untuk tahun 2014 ni, Fiza tak pasti bila permohonan baru akan di buka . Nanti, kalau ada keluar and Fiza terperasan, Fiza kongsikan kat sini .Tapi kalau ada yang berminat nak mohon, kena rajin rajin la belek web e-sila JPA tu , kat situ selalu ada di keluar update terbaru pasal yuran, pinjaman semua tu. Kene rajin singgah situ oke ;)

Dah 3.38am ??? Oke, oke, dah terlalu lewat dah ni, waa rugi masa tido iolss !.haha . Esok ada rehearsal untuk program hari Isnin pulak . Uhh sejak tukar unit nih, banyak pulak kene attend program macam2 nih -.-

Assalamualaikum .Night .Sweet dream Zzzzzz ×_× *mimpi dah .




You Might Also Like

1 Adam Hawa Comel

  1. Tahniah buat Kak Fiza. All the best sis. Happy to see you happy sampai jam 3 pagi xtidur lagi. Seronok betul.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook