Tragedi 08 Mac 2014 MH370

10:15 PM


Assalamualaikum .


 08 Mac 2014

Malaysia dikejutkan lagi .Kali ini, hampir satu dunia dikejutkan dan memberi perhatian pada Malaysia . Negara kebanggaan aku. Kebanggaan kita.

Tragedi kehilangan pesawat MH370 benar-benar menggoncang hati semua rakyat Malaysia . Kami semua turut bersedih :'( 

Khabar angin MH370 bertebaran di sana sini, rumors tidak berasas dan cerita-cerita 'konon' lawak hasil ciptaan manusia tak punya hati berleluasa di laman sosial. Aku baca, dan hanya mampu gelengkan kepala  . Mana pergi sensitiviti manusia berhati begini? Kalau lah, yang terlibat tu adalah salah seorang ahli keluarga rapat mereka.. agak-agak mampu ke mereka bermain-main dengan situasi ni? Ingat, ini bukan bahan untuk diJENAKAkan T_T

#DoaUntukMH370 

Ya Allah, Kembalikan mereka dengan selamat . Kembalikanlah mereka, agar segala gelisah dan rintihan ahli keluarga mereka terubat . Kami akur dengan ketentuanMu, kami redha dengan Qada dan Qadar-Mu, namun, biar apapun kesudahannya nanti, biarlah ianya suatu kesudahan yang memberi senyuman kepada ahli keluarga mereka. Kembalikan mereka dengan selamat . Kami mohon Ya Rab.



Keep Praying For MH370 



You Might Also Like

2 AdamHawa Ohsem

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook