Minum Petang dengan ABC di PappaRich Bangi :)


Assalamualaikum .


Isnin Bluesss . Itu dulu , sekarang, sejak-sejak tukar unit ni, rasa seronok je nak ke ofis . Oh lupa, Masuk tahun 2014, Fiza bertukar unit :) Fiza dah lama tak bercerita rutin Fiza kat sini kan. Sejak blogspot di BLOCK di ofis, semakin kurang Fiza jengah ke sini :'( Kat rumah ada je PC and laptop, tapi bila di rumah, masa banyak diluangkan untuk hal lain :)

Hurm , tak ada idea la pulak nak celoteh . janggal pulak rasa kat sini .haha :p 

Semalam, Fiza bosan giler kat rumah , dah lama kot tak keluar berdating hang out kat luar, so, usai je Asar, terus ajak hubby keluar pusing2 tanpa arah tujuan . Hubby tak ada idea nak ke mana, Fiza pun blur tak ada arah tuju . haha . Lagi pulak, masa tu hujan, nak melepak kat taman pun tak boleh , nak pegi Mall, hurm, bosan . So last-last hubby tekan minyak terus ke Bangi, pusing-pusing kat situ seolah-olah itu kali pertama kami ke situ :p . Hubby macam biasa, nampak benda tu, nampak bangunan ni, dia akan tunjuk kat Fiza , alaa, macam pemandu pelancong tu . Lawak , tapi itu lah dia Hubby Fiza :) even bangunan maybank yang dekat Kajang tu pun, bape kali lalu pun mesti dia akan cakap , "haa, kat sini la Maybank Kajang, tempat abe bla bla bla bla ...." macam tu la lebih kurang .kikiki . Sebenarnya, dia pun tahu dah banyak kali dia tunjukkan benda yang sama kat Fiza, tapi entah .. haha :p lucuu sgt!
Dah puas pusing, Hubby ajak minum petang dengan cendol , katanya ada satu tempat tu femes sangat cendol dia , sampai sana, tak boleh masuk, dah hujan kan, kerusi meja sumer basah la . Misi cendol tak berjaya, kami cari ABC pulak . Ha misi ABC berjaya sebab tempat dia kat PappaRich , hihi . *hujan tapi tekak still nak minum benda sejuk:p


ABC w roti bakar for wifey


 Fries w Ais kacang merah for hubby

Borak sambil makan memang best kan . Santai je . Sambil tengok rintik hujan . Sambil bergambar . Sambil tengok orang meja sebelah . Sambil dengar radio dalam restoran . Macam-macam sambil lah :) Dalam kesejukan hujan lebat dan sambil borak tu, semangkuk ABC tu Fiza berjaya habiskan . Hamekk. Lepas tu perut krem . T_T *padanmukasendiri.


Settle makan , jam 7.00pm balik rumah :)


Sekian sahaja laporan sy pada hari ini, terima kasih :p




2 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤