Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia


Assalamualaikum


Innalillahi wainnailaihi Raji'un - 
"sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"


Seniman Datuk Aziz Satar, 89,  merupakan salah seorang pelakon veteren fav Fiza selain Allahyarham P.Ramlee, dan S.Sudin  Lakonan mereka buat kita tak kering gusi biar ada babak lawak dan mampu buat kita terfikir akan maksud tersirat apa bila ada babak tertentu yang menyentuh tentang masyarakat dan kehidupan seharian. Gaya spontan dan terkesan di hati . Bujang Lapok .

Yang lain telah lama pergi , dan hari ini, sampai masa Pak Aziz pula :( Allahyarham meninggal di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira jam 2 pagi tadi . Sebelum tu, pada malam Ahad lepas, Allahyarham dikejarkan ke KPJ akibat serangan jantung. 

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang pernah membuat kita ketawa dari zaman kanak-kanak sehingga lah sekarang setiap kali melihat lakonanya :'( . dan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiNYA.






2 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤