Saya Nak jadi CIkgu!


Assalamualaikum .


Dulu kan, duluu la, masa zaman darjah 1 darjah 2 gitu, kalau orang tanya ,

K.long! dah besar nanti cita-cita nak jadi apa? *k.long nama panggilan aku dikalangan keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekolah/sekampung

Mesti dengan bangga dan yakinnya, aku akan jawab

K.long nak jadi CIKGU!

Kenapa nak jadi Cikgu?

Sebab nak pukul orang degil! . 

ergg @$#$%@&$&#^*( . -.- . budak-budak punya jawapan .

Cita-cita tu berterusan sampai la habis sekolah rendah :) Masuk je sekolah menengah, cita-cita nak jadi cikgu tu tenggelam dan timbul cita-cita baru .. nak jadi Polis pulak . Sebab masa tu terpengaruh dengan watak Inspektor Aliza dalam gerak Khas . Haha . Budak-budak sungguh :p

Bila makin meningkat remaja, dari tingkatan satu, makin bertambah umur masuk tingkatan 4, cita-cita nak jadi Cikgu tu muncul kembali . Tapi waktu ni, dah boleh fikir dengan waras dah kenapa nak jadi Cikgu :) Dah boleh tahu macam mana mulianya kerjaya seorang guru ni . Dan setiap kali tengok Cikgu mengajar kat depan, sambil tulis-tulis kat papan hitam , Fiza berangan yang sedang mengajar tu Fiza :) hihi . sukaaa berangan gitu!

Masa berganti, sampai la habis sekolah dan masuk zaman untuk hidup dengan hasil sendiri , zaman remaja nak ke alam kedewasaan . Umur 22 tahun Fiza dah mula dengan kerjaya sekarang. Bukan keje sebagai Cikgu atau Polis . hihi, tak tercapai cita-cita tu, mungkin bukan rezeki Fiza dalam bidang tu :p 

Tapi, jauh di sudut hati, keinginnan nak jadi Cikgu tu masih ada :p hoho.Walaupun kerjaya guru ni dah tak macam dulu, dah banyak tanggungjawabnya. kalau dulu pukul 2 petang cikgu dah boleh bersenang lenang kat rumah, tapi sekarang, sampai petang pun belum tentu dah boleh balik rumah . betul tak cikgu-cikgu? Tanggungjawab mereka makin bertambah .

Mulianya kerjaya seorang guru ni .

Dan hari ni, 16 Mei , merupakan hari istimewa untuk meraikan insan bergelar GURU ni :) Selamat Hari Guru Fiza ucapkan kepada semua yang bergelar CIKGU . Terima kasih atas segala jasa cikgu memberi ilmu kepada kami sehingga munculnya Doctor, Peguam, Jurutera ,etc. Semoga segala ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dari Allah SWT . Semoga Rahmat Allah SWT sentiasa bersama Cikgu .



SELAMAT HARI GURU :)




2 comments

  1. selamat hari guru buat semua guru, jadi cikgu memang best rasanya...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤