SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PJJ USM SESI 2014/2015

1:54 PM


Assalamualaikum .


Semakan untuk mengetahui status permohonan Program Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia bagi sesi 2014/2015 sudah boleh di buat sekarang! . Permohonan kemasukan sesi 2014/2015 ini dibuka pada 15 Jan 2014 sehingga 16 Mac 2014 hari tu , iaitu selama 2 bulan . Lama jangka masa permohonan tu :)

Untuk semakan, pemohon boleh menyemak status permohonan di laman sesawang :

- Masukkan No.Kad Pengenalan seperti yang didaftarkan masa mohon hari tu.

Mestiii ramai yang berjaya kan! tahniah di ucapkan :) So, bertambah lah tanggungjawab lepas ni :) Tanggungjawab sebagai pekerja dan tanggungjawab sebagai pelajar . Belajar secara jarak jauh ni tak de lah complicated sangat, sebab, semua cara pembelajaran, bergantung kepada kita sendiri , mengikut keselesaan sendiri melainkan ada tiga benda yang WAJIB kita ikut apa yang ditetapkan pihak universiti /pensyarah.


Kursus Intensif

Kursus Intensif ni diadakan setiap awal tahun dalam bulan Januari , mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak USM . Masa dalam tempoh kursus ni, jadual kelas dan jadual tarikh peperiksaan berterusan yang diadakan wajib kita hadir dan ambil . Kalau tak , rugi je datang duduk lama-lama dan berpeluang jumpa pensyarah, kita sia-siakan.

Kerja Khusus/Tugasan

Untuk tugasan pulak, tugasan akan diberikan oleh pensyarah melalui portal PJJ yang disediakan untuk pelajar melalui course masing-masing. Dalam portal tu, dia akan memaparkan semua subjek yang kita ambil dan dalam link subjek2 tu lah, pensyarah mengikut subjek yang kita ambil akan masukkan segala macam benda berkaitan subjek tersebut termasuk tugasan . Tugasan perlu dihantar ke pihak USM ikut masa yang ditetapkan dan jangann lupa, ingat alamat tempat tugasan perlu dihantar! sebab tugasan cuma perlu dihantar ke satu alamat tu je :)

Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir adalah penentu segala penat lelah kita belajar untuk satu tahun tu . Peratusan Markah untuk peperiksaan akhir biasanya tinggi berbanding tugasan dan peperiksaan berterusan . So, sebab tu kene fokus dan jawab sehabis baik untuk final exam ni .


Kelas? . Haa ni yang lainnya PJJ USM . Kelas dia kita panggil SIDANG VIDEO . sebab, pelajar akan berinteraksi dengan pensyarah melalui sidang video yang akan diadakan mengikut jadual di Pusat Wilayah masing-masing . Sidang video ni dipancarkan serentak di semua Pusat Wilayah . Maksudnya, kalau korang ada di Perlis ke, Kedah ke, Kelantan ke, semua akan melihat sidang video yang sama . Live. pelajar boleh bersoal jawab dengan pensyarah melalui sidang video ni. alaa, macam buat video call tu , tapi ni versi akademik punya :p . Sidang Video ni tak wajib untuk pelajar hadiri tapi, kalau tak datang, jadi kerugian pada pelajar tu sendiri la . Kelebihan kita datang sidang video ialah, boleh kenal dengan kawan kawan lain . mana tahu kot nak cari kawan untuk group assignment ke, haa, leh jumpa masa sidang video ni :) . dan satu lagi, setiap sesi sidang video yang diadakan, pihak USM akan upload masuk ke portal, jadi, kalau tak dapat datang, boleh download dan tengok melalui portal . *tapi percayalah, korang akan jadi malas nak download .hihi, sebab bosan dengar sorang-sorang :p 


Oke, tu je yang boleh Fiza kongsikan . Tak banyak, sikit pun jadilah untuk permulaan sesiapa je yang berminat atau yang baru dapat menyambung study secara jarak jauh di USM ni . Dan untuk yang berjaya tahun ni, selamat menghadiri orientasi bulan Ogos nanti! :) silap silap, masa orientasi tu pun korang dah dapat tugasan .hihi .




You Might Also Like

14 Adam Hawa Comel

  1. Teringin nak sambung bljr , rasa n bertitle pljr U ... tpi mampu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah mampu ty :) yg penting, kene tanam keazaman nak maju ke hadapan :) caiyokkk!

      Delete
  2. Pjj usm juga ke? Sy bru dpt tawaran. Tp tpikir 1benda. Mcmana nk cri ahli group nk wt asignment ye. Yela kte duk pun jauh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurul awak ambik course apa ? Saya pun baru dapat tawaran .

      Delete
    2. Wasalam. Saya amek course pengurusan kewangan. Pusat wilayah alor setar. Awk amek apa ye?

      Delete
    3. Saya ambil course pengurusan pemasaran pw saya usm penang.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam nurul awak ambik course apa Saya pun baru dapat tawaran.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..sy jg dpt sambung belajar di usm dlm kos financial mngmt...InshaaAllah akan menghadiri kursus oreintasi pd ogos nanti..tima kasih di atas info yg fiza berikan...moga kita akan sama 2 berjaya didalam bdg masing2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai shah nora.. sy pun dapat same course dgn awk. Awk pw mane ye..

      Delete
  7. Hai.. salam.. sy bru dapat surat tawaran harini. Dapat desa siswa bakti permai. Ada sama gan sy x? Boleh berkenalan. Nk cri geng la..

    ReplyDelete
  8. Saya pun dapat tawaran dari PJJ USM,orientasi bulan Ogos ini...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook