Geram dengan sikap pemandu bas!

1:19 PM


Assalamulaikum .

Hello :)

Pernah kena tak situasi dimana, korang tengah drive, lepas tu, sampai kat traffic light, kereta berhenti dan belakang kereta korang, ada bas atau lori, then dorang berhenti rapatt giler dengan kereta korang, rapat sangat sangat maksudnya .

huhhh .

Biasanya, pemandu bas atau kenderaan besar ni, dia suka buat macam ni dekat pemandu perempuan . Fiza, selalu kena, dan ada dua kali situasi yang paling menyakitkan hati . Satu dalam 5 tahun lepas, yang kedua, semalam masa otw balik dari keje -.- 

Cerita 5 tahun lepas tu, masa tu Fiza dekat Tol Jelapang dari Kuala Kangsar menghala ke Ipoh. Kat situ kan jalan turun dari bukit, memang Fiza dari awal dah perasan ada bas ekpress ni dia betul follow rapat dengan kete Fiza, masa tu, kita still guna pelekat 'P', so rasa cuak dan takut tu menggunung la jugak, dah la jalan berbukit . So, bila sampai je dekat Tol, memang sangat rapat bas tu follow, masa berhenti je nak bayar tol, terasa kete ni terluncur ke depan sikit ! , bila tengok belakang, rupanya .. BAS TU DAH CIUM belakang kete Aku! . grrrr! geramnyaa! Kejadian tu tak teruk, mungkin sebab dia main main brek je , so terlanggar sikit belakang kete Fiza. Nak turun tengok belakang kete tak boleh sebab masa tu Fiza tengah nak bayar tol, so mampu turunkan tingkap, tanya driver tu *buat muka sehabis garang dah masa tu , kemek or ada kerosakan ke tak kat bumper belakang kete, dia geleng kepala tapi dari riak wajah dia, boleh nampak yang dia pun dah cuak . Bila dia gelengkan kepala, Fiza redha je lah, harap gelengan dia tu betul la . Lepas bayar tol, terus drive dan berhenti tepi jalan, check bumper belakang untuk pastikan yang memang tak ada apa apa berlaku *sebelum tu dah ambik nombor plat bas tu , dan alhamdulillah, memang tak ada apa-apa yang serius . setakat ada sikit calar je.
Lepas kes tu, ada jugak terfikir nak buat aduan kat pihak bertanggungjawab, nak report sikap pemandu tu, tapi, tak tahu kenapa, Fiza diamkan camtu je.haha lupa kot :p

Cerita semalam pulak, dekat lampu isyarat jalan menghala ke Presint 14 & 15, yang jalan bukit tu *bukit lagi . Bas jugak, dia punya la berhenti tu, macam nak naik atas kete kita dah . grrr . sakitnya hati .Bila tengok ikut cermin, sajaa je kan , wat muka toya -.- . Tak faham la, kenapa ada pemandu macam ni :(  Ramai pemandu bas atau lori yang sangat Fiza respek bila tengok cara pemanduan mereka dan ada sesetengahnya yang jenis macam Fiza cerita ni , yang rosakkan pemikiran orang lain tentang pandangan mereka terhadap pemandu bas/lori ni .

Semalam, sebab rapat sangat bas tu dengan keta, Fiza tak dapat nak tengok or ambil nombor plat dia . Kalau boleh, fiza cuba nak elakkan dari duduk kat depan bas kalau di traffic light atau kat highway, sebab takut jadi macam ni la .. seram T.T

Dulu, masa duk Ipoh, masa tak ada kete lagi, Fiza selalu ulang alik dari Ipoh ke KL dengan bas je, bas pilihan Fiza time tu ialah Plusliner . Pemandu bas tu kan sangat berhemah waktu memandu, kita rasa selamat sangat :) dan paling best, sebelum mulakan perjalanan, dia akan baca doa dulu kuat-kuat. Doa untuk keselamatan sepanjang perjalanan :) 

Bagus kan, kalau semua pemandu bas macam ni , mengutamakan keselamatan penumpang dan menghormati pemandu jalanraya lain .



You Might Also Like

15 AdamHawa Ohsem

  1. bas dan lori ni mentang2 diaorang kenderaan besar memang suka2 jer... akak pun pernah mengeluh pasal satu bas yang sangat kurang adab seylang line akak... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. seram kan sebab takut benda tak baik jadi kan...

    ReplyDelete
  3. pasal sikap lah tu..nak ubah org punya sikap ni memang susah.., perlunya ada kesedaran dlm diri seseorang tu. Kekadang dlm kes ni sengaja dibuat2..lagi2 nampak pemandu wanita... ya mungkin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, setuju dgn PCL, kdg sebab pemandu wanita, dorang nak main2 tanpa sedar mungkin berlaku benda buruk :(

      Delete
  4. diorang naik bas atau lori ni seat dio tinggi kak. tu sedap nok ikut rapat tuh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang napok kito dik, kito laa hok senok hati ..duk takuttt

      Delete
  5. tu sebab seat dio tinggi kak fiza. tu sedap dio follow rapat jik. haha

    ReplyDelete
  6. tahu la dorang bawa kenderaan besar dari kita kan...memang melampau la follow dekat2...buat orang cuak je...

    ReplyDelete
  7. Bila dah bawa kenderaan besar camtu laa Peel dia.. sama la dengan yang bawa lori tue...
    Kurang hormat pengguna jalan raya lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah je mcm ni, sebab yg sesetengah ni la yg lain terpalit kan :'(

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List