Rindu adik



Assalamualaikum .

hello :)


Sunyinyaaa rumah hari ni :'( Selasa lepas, settle urusan kemasukan Weeda ke KUIM Melaka . Fiza dengan family dua buah kete pegi hantar . Ini adalah kali pertama Weeda duk jauh dari keluarga dan berdikari dalam hidup dia . Sebelum ni, tak pernah. kemana mana, dia sentiasa ditemani Fiza atau umi atau angah atau sape sape lah dalam family kami. Keluar dengan kawan ? hurm , memang boleh kira dengan jari, berapa kali je, tu pun kawan datang ambik kat rumah atau umi akan hantar dia jumpa kawan dia atau adik jadi peneman. Sebab tu .. kami risau bila dia duk jauh gini T_T . Mula tu, susah jugak nak lepas dia p belajar sana, tapi, bila fikirkan balik pasal masa depan dia, itu ada lah yang terbaik ;)

Sepanjang 5 hari dia kat sana, Fiza ngan Umi memang hari-hari kol, nak tahu keadaan dia je, dan alhamdulillah, dari suaranya, boleh tahu, Weeda gembira belajar kat situ . Gembira dengan kawan2 baru dia ;) Umi yang paling legaaaa sekali.hihi. Semuanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh Allah SWT  ;) syukurrr.

Bila Weeda dah tak ada kat rumah ni, memang rasa sgt la sunyi tu , tambah tambah, umi dan adik adik lain semua dah balik kampung semalam, so, lepas ni, tinggal la Fiza berdua dengan Hubby je. Lepas ni, Fiza g keje pun sorang2 dah.huhu sobss, sedihhhnya.Biasa ada je teman borak pagi2 dalam kete.siap nangis kott sebab teringat kat dia..

huwaaaaaa T.T





2 comments

  1. Assalam Fiza ..

    ~ PCL
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. adek bongsu sy pon baru pegi belajar isnin kelmarin, rumah dah terasa sunyi sangat dia takde, huhu~

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤