Bersesak di Mid Valley dan Jalan TAR

12:05 PM


Assalamualaikum .

Hello :)

Semalam adalah hari yang SANGAT memenatkan untuk minggu ni T.T

Sebab . Shopping raya punyaaa pasal laaaaa .wuwuwu!
Ni lah jadinya bila salah timing untuk pegi shopping raya di Mall yang sememangnya sentiasa sesak dengan rakyat jelata -.- . Semalam dalam pukul 3, fiza, husband , Weeda dan adik ipar gerak ke Mid Valley untuk intai-intai barang persiapan raya . Sampai-sampai je, makk jemm oik . Sesak masa nak masuk parking tu, masih boleh diterima lgi , tapi bila tiba time nak keluar dari parking dalam jam 6PM tu, dia punya sesakkk, fuhh, memang sesak sungguh lah. Bayangkan, hampir 40 minit kami tersadai dalam kereta, hubby dah lengguh kaki tekan minyak slow-slow -.- memang jammed sangat masa nak keluar dari parking  . Yelah, time orang semua berebut nak kejar masa untuk berbuka kan .


Dalam Mall pun tak yah cakap la, bersusun orang, semua kedai boleh dikatakan penuhh oik! , Pening tengok.haha . Dalam pening pening duk pusing pusing dalam tu, sempat jugak lah sambar baju raya untuk adik ipar, husband dengan fiza punya satu, Weeda, tengokkk je . Dia pun nampak macam tak selesa dah.haha. Seriously naik senak kepala nak memilih.  


Bila masuk bab nak masuk fitting room lagi satu hal kene beratur, menunggu.huhu. Tapi hasil kegigihan dan kesabaran, dapat jugak lah husband masuk try baju dia :p

lepas di Mid Valley, kami ke Jalan TAR pulak. Nak uji kesabaran masing-masing dengan suasana sesak kat sana pulak :p Bila sampai je, haaa, memang penuhhh orang! haha, tapi fiza seronok sebab kat situ meriah pastu pulak feel nak raya tu memang membuak bila sana sini semua pasang lagu raya :)

Jadi,  moral dia disini, kalau nak shopping untuk raya, pastikan korang pilih masa yang agak-agak tak bersesak dengan orang sangat, atau shopping awal-awal puasa lagi, unless kalau korang punya tahap kesabaran yang tinggi macam kami, then tak pe nak pegi malam raya pun .hihihi .

Fiza kan, memang tak kisah kalau bersesak time raya, jammed time nak balik Kelantan pun fiza oke sebab bila kita dalam suasana tu, baru kemeriahan raya tu kita akan rasa . Pastu bila masuk je bumi Kelantan, haa, lagi rasa meriah dengan budak-budak duk menunggu kat simpang jalan . Kalau balik waktu malam, bunga-bunga api ada di mana-mana :) dan paling fiza sukaa ialah time kita berhenti kat Stesyen Minyak atau hentian rehat tu . Wahhh penuh kereta .hihi, macam-macam ragam boleh tengok :) Pelik ke? tak kott, sebab fiza rasa ramai yang macam fiza , tambah-tambah kalau anak kelantan yang pulang untuk beraya. Suasana dan feel yang kita boleh rasa setahun sekali je :)




You Might Also Like

4 AdamHawa Ohsem

  1. tahun nie dalam sejarah Cik Nur tak pegi shopping raya kat Jalan Tar & Sogo..biasanya memang kat situ je...bersesak-sesak..rasa nak pengsan pun ada..janji puas hati..hihi...

    ReplyDelete
  2. Ambil cuti hari berkerja pun still ramai org shopping...

    ReplyDelete
  3. saya shopping mgu ni.x tau la sesak lagi tak.tp rasa rmi dah pulang ke kampung..hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya dah sopim raya. Ty apa pun tak buat lagi.. tau nak lik kampung rest!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List