Prosedur Dapatkan Salinan Roadtax yang Hilang

5:02 PM


Assalamualaikum .

Hello :)

Alhamdulillah, akhirnyaaa, settle jugak hal kehilangan Roadtax kereta fiza . Kisahnya, 19hb June lagi roadtax ni mati, husband dah settlekan urusan renew dan insurans, esoknya, dia letakkan roadtax tu atas meja . tiap-tiap hari husband remindkan  fiza suruh ambik dan lekatkan kat kete . Tapi tulah, dua tiga hari, lupa nak ambik, tambahan pulak time tu tengah busy dengan final exam, so memang terus lupa T.T sampai la ke hari semalam .. baru fiza teringatkan balik pasal roadtax ni . Cari punya cari, tak jumpa . Habis bilik stor, bag sekolah, dalam keta , semua selongkar, tak jumpa jugak. Serius memang tak ingat langsung mana fiza letak . Yang fiza ingat, dua tiga hari lepas husband letak kat meja, dalam kelam kabut nak pegi exam, fiza ada capai ambik roadtax tu. Haa sampai situ je ingat, lepas tu .. hilang terus ingatan lokasi letak roadtax ni . hurm . :'(

11 hari kereta fiza berjalan tanpa roadtax, nasib baik tak pernah bertembung dengan Pakcik Polis je .huhu . Hari ni, husband ajak pegi JPJ untuk buat salinan roadtax . huhh, nasib baik lagi sekali tak kena marah dengan dia sebab kecuaian si isteri ni :)

Prosedur untuk dapatkan salinan roadtax ni tak de la rumit pun, senang je cuma harus la kena keluarkan duit pulak kan .Sebelum pegi JPJ, fiza dah siap siap kol tanya apa dokumen yang perlu bawak.

Yang penting, owner kereta kena hadir sendiri untuk dapatkan salinan dan bawak sekali GERAN kereta. Sampai di JPJ, dapatkan form K7 dan isi semua maklumat yang diperlukan . 

Lepas tu, tunggu giliran dipanggil .hihi



Di kaunter, kita kena buat bayaran 'denda' sebanyak RM50 untuk kereta dan RM20 kalau nak buat salinan roadtax motor . Siap bayar , 

tadaa



Kejap sangat urusan kat kaunter, yang penat  tu masa menunggu giliran nombor je .huhu

So, moral dia untuk fiza di tahun -tahun akan datang ialah, lepas ni kene more hati-hati, kene terus lekatkan kat kereta once dah dapat roadtax . Tak nak dah menyusahkan diri dan husband, tak pasal-pasal p cari pasal :'(




You Might Also Like

14 AdamHawa Ohsem

  1. be careful yeah next time sis..

    ReplyDelete
  2. aduhai..terlupa letak kat mana.. takut terbuang je kan.. takpe, next itme , hati-hati :)

    ReplyDelete
  3. kan kalau x lekat trrusmmg ada potensi nk hilang.kalau terselit celah celah pon x prasan sbb nipis benornya pon

    ReplyDelete
  4. denda banyak tu ok lah... unce ingat kena denda ketok ketampi... haha

    ReplyDelete
  5. KALAU XDO GERAN ORI BOLEH KER BUAT

    ReplyDelete
  6. haah.kalo xdo geran ori camno..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  7. memang owner yang kena pergi ke.alamak.owner motor dekat melaka ni.study. macam mana ni 😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Mmg cekik darah JPJ ni,org dh susah lagi bg susah

    ReplyDelete
  9. kalau kereta masih berhutang dengan bank, mana ada geran ori..macam mana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bayaran cantik, boleh ambik dah geran dgn bank. awak better call JPJ tanya.

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook