Hari 11 | Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

10:30 AM


Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI



Kenangan zaman kanak-kanak . hurm, jap nak kembalikan moment zaman kelucuan tu .

Zaman kanak-kanak fiza memang menyeronokkan! banyak benda yang membahagiakan yang fiza hadap setiap hari . Budak lagi kan, yang serius pun kita anggap fun :p . Tapi kan, kepala fiza tak boleh nak ingat laa, puas fikir nih, apa yang paling lucu .sobs .


Jadi, cerita zaman dah kawen pun oke la kan :p


Kisahnya begini,


Suatu malam tu, fiza keluar dengan husband , pegi Kajang . sampai sana, fiza mintak husband tunggu dalam kereta kejap sebab ada benda yang fiza nak beli dalam satu kedai ni. Husband memang tunggu kat tempat fiza turun tu la, kat tepi-tepi jalan je, bukan dalam petak parking . Dalam 15 minit,  Siap beli, terus fiza meluru ke kereta , cuba nak bukak pintu kereta tu tapi tak boleh , Fiza jenguk melalui tingkap yang tertutup, sekali, ehh, kenapa driver ni orang lain? mana laki aku? haaa kepala kemain gigih fikir lagi tu . Padahal rupa-rupanya,


AKU SALAH KETE Hoi! driver tu pun tengok pelik je kt fiza T.T


adehh malunya Ya Tuhan ! , serius malu time tu,


kereta tu same dengan kereta husband, dengan tinted pun agak gelap, dan dia parking betul-betul tempat husband fiza parking tadi , cari husband, rupanya dia parking kat depan kereta tu .


Uwaaaaaa, kenapa semua ini terjadi pada dirikuuu :'(


Silap fiza sebab terus meluru ke kereta tanpa tengok dulu betul-betul T.T
Fiza terus say sorry and zass terus lari masuk kete . Malu sungguh weh!

Husband dalam kete duk bantai sengeh . Dia kata, nasib baik bukan orang jahat, kalau tak, sia-sia kene culik -.-


Itu lah dia , masa jadi tu, benda ni memalukan, tapi sekarang bila teringat balik, jadi sangat lawak untuk fiza . haha
Sejak kes tu, fiza memang perati betul-betul keta setiap kali berhenti kat mana-mana dan nak masuk balik ke kete . Tak nakkk dah, kejadian tu jadi balik, rasa malu tak tertanggung oik!



*******************

#CABARAN30HARI
1 # Siapa Saya



You Might Also Like

12 AdamHawa Ohsem

  1. Hahahhaa... sengal... tapi cerita tak menepati task... kakpija kawin zaman kanak-kanak ke? Hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoii, haha zaman kecik kawen olok2 jeee :p

      Delete
  2. Heheheh Fiza! Akak pernah nak jadi macam ni juga dulu... nasib baik tersedar. So, sekarang bila dia pick-up ke... selamba terjah tengok dari cermin kereta dulu betul ke dia yang drive tu :D

    ReplyDelete
  3. :'D adehh dpt memahami kfiza haha kite pon penah.. lagi best.. siap masuk dan duduk. Sekali sume dlm tu family cina hahaha T__T sadis

    ReplyDelete
  4. bila dikenang mmg klakar..pasni hati2 k..:-)

    http://anakperak.com

    ReplyDelete
  5. pernah jugak terjadi macam situasi tu tapi saya siap dah masuk dalam kereta sekali...tup2 perasan macam lain je keadaan dalam kereta tu. rupa2nya tersalah masuk kereta orang lain :)

    ReplyDelete
  6. Haha..pernh jgk nk terjadi mcm tu.. byk kali..nasib baik sempat perasan

    ReplyDelete
  7. hahaha....kalau dah masuk dalam kereta org lain lagi haru..hehehee
    irrayyan.com

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List